BERITA

Najib anggap keputusan MT 'bijaksana'

Diterbitkan
Dikemaskini 28 Sep 2008, 4:48 petang

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan menunda tarikh perhimpunan agung Umno ke Mac tahun depan dan mengekalkan tarikh mesyuarat Umno bahagian sebagai keputusan yang bijaksana.

"Keputusan itu dibuat dengan penuh bijaksana selepas mendengar pandangan pemimpin dan ahli akar umbi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara hari ini.

Najib yang juga timbalan presiden Umno berkata tarikh sebenar perhimpunan agung itu akan diumumkan kemudian, demikian menurut laporan Bernama .

"Tarikh akan ditentukan dalam sedikit masa lagi tetapi yang pastinya ia akan berlaku bulan Mac," katanya.

Mesyuarat tergempar MT Umno hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan menunda tarikh perhimpunan agung parti yang sebelum ini dijadualkan pada Disember ini ke bulan Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa yang lebih awal.

Mesyuarat Umno bahagian dijadual dari 9 Oktober hingga 9 November.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.