Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS bersyukur kapal MISC dibebaskan
Diterbitkan:  Sep 29, 2008 11:08 AM
Dikemaskini: 3:11 AM

PAS mengucap syabas kepada MISC, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pihak-pihak yang berkaitan yang berjaya membebaskan dengan selamat anak kapal MT Bunga Melati Lima yang ditawan lanun pengganas Somalia di Teluk Aden.

hadi awang 010807 Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersyukur kerana kesemua 36 anak kapal warga Malaysia dan lima warga Filipina, semuanya selamat dan sihat, setelah ditawan hampir sebulan.

"Mudah-mudahan kepulangan mereka ke pangkuan kaum keluarga di tanahair, akan melegakan semua pihak dan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Eidul Fitri," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan kapal tangki MT Bunga Melati 5 itu telah dibebaskan, bersama kesemua anak kapalnya dan mereka dalam keadaan sihat.

Manakala rundingan untuk pembebasan sebuah lagi kapal, MT Bunga Melati 2, masih lagi diteruskan dan menurut perdana menteri, terdapat tanda positif dalam rundingan tersebut.

Abdullah berharap rundingan itu akan mencapai penyelesaian segera supaya kapal berkenaan dapat meneruskan perjalanan menuju ke destinasi lain.

Sementara itu, Abdul Hadi juga mengajak semua rakyat Malaysia agar berdoa semoga 39 anak kapal MT Bunga Melati Dua, yang ditawan oleh lanun sejak 19 Ogos lalu, juga segera dibebaskan.

"Kaum keluarga mangsa diharapkan bersabar dan jangan berputus asa dengan terus memohon ke hadrat Allah swt agar mereka semua selamat dan dapat segera pulang ke pangkuan keluarga," katanya.

Presiden PAS itu juga menyuarakan kebimbangannya ekoran meningkatkan ancaman keganasan oleh lanun-lanun Somalia di Teluk Aden kebelakangan ini.

"Beliau mengharapkan kerajaan Malaysia akan segera mengkaji semula laluan berkenaan dan memperkenalkan langkah-langkah keselamatan tambahan bagi memastikan insiden yang sama tidak berulang lagi," katanya.

ADS