Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah, Datuk Paduka Bakar Taib gagal mempertahankan jawatan timbalan ketua Umno Langkawi.

Beliau tewas kepada pencabarnya, Datuk Nawawi Ahmad, 47, yang juga timbalan ketua bahagian sebelum ini.

Pemilihan kepimpinan bahagian Langkawi tamat lewat malam tadi dan keputusannya diumumkan pada kira-kira jam 11.55 malam.

Selepas pengundian dikira, Nawawi memperolehi memperoleh 211 undi manakala Abu Bakar, 65, mendapat 144 undi.

Menurut Bernama, Jawatan timbalan ketua Umno bahagian itu dimenangi Mansor Bahari, 41.

Mansor yang juga setiausaha Pemuda Umno bahagian Langkawi menewaskan pencabarnya Abdul Manaf Husein dengan majoriti 29 undi.

Manakala Adun Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid pula terpilih sebagai naib ketua bahagian.

Beliau memperolehi 258 undi dan menewaskan seorang lagi calon, Ahmad Fauzi Chik yang mendapat 95 undi.