Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Yang Dipertua Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar untuk membincangkan pengharaman Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) minggu lalu.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia berbuat demikian dengan alasan perkara itu tidak perlu disegerakan kerana anggota-anggota dewan boleh menyuarakannya dalam sesi perbahasan belanjawan 2009 yang berlangsung sekarang.

M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), yang mengemukakan usul itu minggu lepas, melahirkan rasa terkejutnya dengan keputusan yang Pandikar Amin sewaktu menerima jawapan dipertua dewan itu pagi ini.

Usul itu yang ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus memenuhi tiga syarat: sesuatu perkara yang khusus, perlukan kesegeraan dan mempunyai kepentingan ramai.

Rabu lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengisytiharkan Hindraf sebuah pertubuhan haram berkuatkuasa serta-merta dengan alasan ia "telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak."

Perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, KDN mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang, tambahnya.

Berita penuh di sini

ADS