Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berita 'manifesto' Najib: Wartawan letak jawatan
Diterbitkan:  Oct 21, 2008 3:27 PM
Dikemaskini: 7:41 AM

Wartawan Malaysiakini yang menulis berita mengenai 'manifesto' Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanding jawatan presiden Umno, yang dikatakan dikeluarkan oleh "kumpulan sokongan Najib", telah meletak jawatan sebagai bertanggungjawab terhadap kesilapan membuat laporan tersebut.

"Ia adalah kesilapan saya dan saya bertanggungjawab sepenuhnya dan meletak jawatan," jelas wartawan berkenaan, Wong Choon Mei.

Wong, yang menyertai Malaysiakini tiga bulan lalu, berkhidmat sebagai wartawan selama 10 tahun, dan pernah bertugas dengan T he Edge, Reuters dan Channel News Asia .

Ketua pengarang Malaysiakini , Steven Gan said berkata, pihaknya kesal dengan insiden tersebut, sambil menambah bahawa laporan itu tidak sepatutnya disiarkan.

"Ia adalah salah pertimbangan yang serius dan kami menerima peletakan jawatannya," kata Gan.

Wong mengakui beliau tidak mengesahkan dengan pejabat Najib mengenai kandungan 'manifesto' tersebut. Wong telah menerima manifesto itu melalui emel Ahad lalu.

Laporan itu disiarkan lewat malam berkenaan tanpa mematuhi prosedur di mana setiap berita mesti disemak terlebih dahulu oleh editor kedua sebelum disiarkan.

Wong adalah editor yang bertugas pada malam berkenaan.

"Kami amat kesal dengan kesilapan tersebut," kata Gan.

Malaysiakini pohon maaf

Semalam, pejabat Najib menafikan Najib telah mengeluarkan manifesto tersebut untuk menyokongnya bertanding jawatan presiden Umno.

Baca laporan penuh

ADS