Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syed Hamid: Cheng bukan tahanan ISA
Diterbitkan:  Oct 21, 2008 5:07 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Menteri dalam negeri berkata aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Johor, Cheng Lee Whee hanya ditahan untuk soal siasat bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bukannya seorang tahanan akta itu.

Jumaat lepas, Cheng yang membuat aduan berhubung penangkapan 27 orang di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru didakwa menyebarkan maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan di kalangan orang ramai.

Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata Lee bukan seorang tahanan ISA tetapi dituduh bawah Seksyen 28 akta itu dan dia boleh membela diri di mahkamah kerana membuat laporan palsu.

"Tolong baca akta itu... Akta itu bukan hanya penahanan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian tersebut.

Cheng, 26, ditangkap bagi siasatan berhubung tulisannya di laman web polis Johor yang boleh menyebabkan kebimbangan di kalangan orang ramai, demikian menurut Bernama .

Bagaimanapun beliau dibebaskan dengan jaminan polis, Sabtu lepas.

Menurut seksyen itu, mereka yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda RM5,000 atau kedua-duanya.

Seksyen 73 akta itu pula memperuntukkan seseorang itu boleh ditahan selama 60 hari, sementara Seksyen 8 membenarkan menteri dalam negeri menahan seseorang sehingga dua tahun tanpa perbicaraan.

ADS