Makin ramai mahu Shahrizat tanding ketua Wanita
10.00 pm Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapatkan 66 pencalonan sehingga malam ini jawatan Ketua Wanita.
Manakala pencalonan untuk penyandang jawatan tersebut, Tan Sri Rafidah Aziz meningkat kepada 103.
Bagi jawatan naib ketua pula, Shahrizat mengumpul 101 pencalonan manakala Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar, Datuk Kamilia Ibrahim. mendapat 46 pencalonan.
Calon lain, Datuk Seri Azalina Othman aid mendapat 13 pencalonan, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk aznah Mazlan (dua), Ketua Wanita Umno Johor Datuk Halimah Sadique (dua) dan
Exco Wanita Umno Datuk Dr Norraesah Mohamad (satu).
Sehingga hari ini, semua Wanita Umno bahagian di negeri Johor, Melaka, erlis, Pahang dan Terengganu telah selesai mengadakan mesyuarat perwakilan asing-masing.

