11 malam Naib Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin terus mendahului pencalonan bagi jawatan ketua Puteri.

Hari ini, beliau menambah dua lagi pencalonan dari bahagian Pengerang dan Johor Bahru.

Dengan itu, Rosnah sehingga ini mengumpulkan 64 pencalonan.

Ketua Penerangan, Datuk Shahaniza Shamsuddin pula berada di tempat kedua.

Beliau masih kekal dengan 61 pencalonan.

Turut menambah pencalonan hari ini ialah pengerusi biro keanggotaan Puteri Umno, Datin Ismalina Ismail.

Beliau mendapat 31 pencalonan selepas dicalonkan oleh Labuan.

Manakala setiausaha pergerakan itu, Bibi Sharliza Mohd Khalid yang mengumpul 25 pencalonan, termasuk dari bahagian Sungai Besar hari ini.

Calon-calon lain ialah Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq (10), pengerusi Tetap Puteri bahagian Petaling Jaya Utara Ida Rahayu Mohd Noor (2) dan ketua Puteri Terengganu Senator Nordiana Shafie (1).