Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MT: 71 bahagian calon Noraini
Diterbitkan:  Nov 6, 2008 11:19 AM
Dikemaskini: 3:27 AM

Seramai 50 orang termasuk sembilan menteri, sembilan timbalan menteri, serta enam menteri besar dan ketua menteri, telah memperolehi pencalonan yang mencukupi untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Turut mendapat pencalonan mencukupi untuk bertanding kerusi MT ialah Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad yang tidak mempertahankan jawatannya dalam pergerakan kerana faktor umur.

noraini ahmad 02 Beliau mendapat 71 pencalonan. Selain beliau, empat lagi calon wanita turut mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding.

Mereka ialah Ketua Wanita Umno Johor , Datuk Halimah Mohd Sadique yang mendapat 20 pencalonan; Naib Ketua Wanita Pusat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil (22), exco Wanita Umno, Datuk Dr Noraesah Mohamad (29) dan Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said yang mendapat 89 pencalonan.

Calon MT memerlukan sebelas pencalonan minima untuk layak bertanding. Shahrizat, Dr Noraesah dan Azalina merupakan penyandang kerusi tersebut.

Mendahului senarai pencalonan ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar yang memperolehi 125 pencalonan, diikuti oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman (117); Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed ( 112); Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed (111); Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ( 107); Pengerusi SPNB, Datuk Azian Osman ( 99); Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman ( 98); Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob ( 98) dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob yang memperolehi 89 pencalonan.

Selain Azalina, enam lagi menteri yang layak bertanding MT ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique ( 59); Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad ( 80); Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ( 65) dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikas, Datuk Shaziman Abu Mansor (49).

Selain Noraini, lapan lagi timbalan menteri yang layak bertanding ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad yang memperolehi 85 pencalonan); Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainudin ( 77); Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Husni Ahmad Hanadzlah ( 71); Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ( 71); Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron ( 56); Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom ( 55); Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah ( 51); Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin (49), dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek ( 24)

Seramai 23 lagi calon yang layak bertandin gialah Datuk Zainal Abidin Osman (106), Datuk Azian Osman ( 99), Datuk Tajuddin Abdul Rahman ( 98), Datuk Mahdzir Khalid ( 74), Datuk Dr Mohd. Puad Zarkashi ( 72), Datuk Dr. Awang Adek Hussin ( 56), Datuk Mohamad Norza Zakaria ( 55), Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir ( 53) dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir ( 53).

Yang lainnya ialah Datuk Shahidan Kassim ( 49), Datuk Idris Jusoh ( 44), Datuk Anifah Aman (45), Datuk Abdul Latif Mirasa ( 35), Datuk Mohd. Alwi Che Mat ( 34), Datuk Dr Hilmi Yahya (34), Datuk Syed Ali Alhabshee ( 32), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ( 30).

Turut mendapat pencalonan yang mencukupi ialah Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Bung Moktar Radin yang mendapat 27 pencalonan, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis ( 23), Datuk Abdul Rahman Bakar ( 23), Datuk Abdul Aziz Shamsuddin ( 22), Datuk Radzi Manan (19) dan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar ( 19).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS