7.05 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah memperolehi 36 pencalonan untuk jawatan timbalan presiden sehingga ini - dan memerlukan tiga lagi pencalonan untuk layak.

"Sehingga sekarang, Tan Sri Muhd Taib amendapat 36 pencalonan. Pencalonan terbaru hari ini adalah dari bahagian Kuala Krai," kata ketua Pemuda Umno Selangor, Shukor Idrus ketika dihubungi Malaysiakini.

bm version umno nomination 6.40 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-41 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Kubang Krian, Kelantan.

Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden. Beliau kini mendapat 153 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Kubang Krian mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (129), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (93), Datuk Shafie Apdal (70), Datuk Khaled Nordin (67), Datuk Syed Hamid Albar (28) dan Tan Sri Isa Samad (25). Keenam mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Datuk Jamaluddin Jarjis (19), Datuk Rais Yatim (17), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (13), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

6.27 pm Tan Sri Muhammad Muhd mendapat pencalonan ke-34 dari bahagian Kuala Krai bagi jawatan timbalan presiden dan memerlukan lima lagi pencalonan untuk layak bertanding.

Bahagian itu juga turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden. Beliau kini mendapat 152 pencalonan.

Dua calon sudah layak bertanding jawatan timbalan presiden. Mereka ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendapat 83 pencalonan dan Datuk Mohd Ali Rustam yang memperolehi 40 pencalonan sehingga ini.

Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Khaled Nordin.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (128), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (92), Datuk Shafie Apdal (70), Datuk Khaled Nordin (67), Datuk Syed Hamid Albar (28) dan Tan Sri Isa Samad (25). Keenam mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Datuk Jamaluddin Jarjis (19), Datuk Rais Yatim (17), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (12), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

5.20 pm Selepas melepasi kelayakan minima untuk pertandingan jawatan timbalan presiden pada jam 5.20 pagi, Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-40 dari bahagian Sepanggar, Sabah.

5.10 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam layak bertanding jawatan timbalan presiden selepas mendapat pencalonan ke-39 dari bahagian Pasir Puteh, Kelantan.

4.10 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapatkan ke-33 untuk jawatan timbalan presiden dari Pensiangan, Sabah. Beliau kini memerlukan enam lagi untuk layak bertanding timbalan.

Bagi jawatan naib pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Syed Hamid Albar, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Jamaluddin Jarjis.

Sandakan pula mencalonkan Datuk Shafie Apdal, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Syed Hamid Albar untuk naib presiden.

Sungai Petani pula mencalonkan Khaled, Shafie dan Datuk Hishammuddin Hussein.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (127), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (91), Datuk Shafie Apdal (70), Datuk Khaled Nordin (66), Datuk Syed Hamid Albar (28) dan Tan Sri Isa Samad (25). Keenam mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Datuk Jamaluddin Jarjis (19), Datuk Rais Yatim (17), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (12), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

4.05 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapatkan satu lagi pencalonan untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Sungai Besar, Selangor. Beliau kini mendapat 32 pencalonan dan memerlukan tujuh lagi untuk layak bertanding timbalan.

Bagi jawatan naib pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Shafie Apdal, Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Cik.

Manakala bahagian Kangar pula mencalonkan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden dan timbalan presiden.

Najib turut mendapat pencalonan dari bahagiannya, Pekan bagi jawatan presiden. Bahagian itu bagaimanapun tidak mencalonkan jawatan lain. Dengan itu Najib kini mendapat 151 pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden pula, Kangar mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Bahagian Jerai pula mencalonkan Najib dan Muhyiddin sebagai presiden dan timbalan presiden. Naib pula ia mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Shafie Apdal.

Dengan itu, Najib kini mendapatkan 150 pencalonan, Muhyiddin pula mendapat 83 pencalonan.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (125), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (91), Datuk Shafie Apdal (68), Datuk Khaled Nordin (64), Datuk Syed Hamid Albar (26) dan Tan Sri Isa Samad (25). Keenam mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Datuk Jamaluddin Jarjis (18), Datuk Rais Yatim (17), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (12), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

3.50 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam memperolehi ke-38 dan memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden Mac depan.

Terbaru, beliau mendapat pencalonan dari bahagian Sungai Petani yang turut mencalonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan timbalan. Najib sehingga ini mendapat 149 pencalonan.

3.10 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam memperolehi ke-37 dan memerlukan dua lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden Mac depan.

Terbaru, beliau mendapat pencalonan dari bahagian Sandakan yang turut mencalonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan timbalan. Najib sehingga ini mendapat 148 pencalonan.

Proses pengiraan undi untuk jawatan naib presiden masih berlangsung.

Manakala bahagian Kuala Nerus pula mencalonkan Najib dan Tan Sri Muhyiddin untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Najib kini menapat 148 pencalonan manakala Muhyiddin mendapat 81 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan, Datuk Rais Yatim, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Cik dan Datuk Hishammuddin Hussein.

Sementara itu, bahagian Pendang pula mencalonkan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Isa Samad untuk jawatan naib presiden.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (123), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (89), Datuk Shafie Apdal (65), Datuk Khaled Nordin (64), Datuk Syed Hamid Albar (26) dan Tan Sri Isa Samad (24). Keenam mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Datuk Jamaluddin Jarjis (18), Datuk Rais Yatim (17), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (11), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

2 . 50 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapatkan satu lagi pencalonan dari bahagian Hulu Langat untuk timbalan presiden. Beliau kini mendapat 31 pencalonan dan memerlukan lapan lagi untuk layak bertanding timbalan.

Bagi jawatan naib pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Khaled Nordin, Datuk Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Isa Samad.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (122), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (88), Datuk Shafie Apdal (65), Datuk Khaled Nordin (64), Datuk Syed Hamid Albar (26) dan Tan Sri Isa Samad (23). Keenam mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Datuk Jamaluddin Jarjis (18), Datuk Rais Yatim (16), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).

2.45 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam memperolehi ke-36 dan memerlukan tiga lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden Mac depan.

Terbaru, beliau mendapat pencalonan dari bahagian Pendang yang turut mencalonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan timbalan. Najib sehingga ini mendapat 147 pencalonan.

Proses pengiraan undi untuk jawatan naib presiden masih berlangsung.

1.30 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam memerlukan empat lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden Mac depan.

Hari ini beliau menambah empat lag pencalonan sehingga jam 1.30 tengahari tadi dari bahagian Ketereh, Tumpat dan Pasir Salak. Dengan itu, Mohd Ali kini mengumpul 35 pencalonan. Untuk layak bertanding timbalan presiden, beliau memerlukan 39 pencalonan.

Manakala seorang lagi, Tan Sri Muhammad Taib menambah dua lagi pencalonan sehingga tengahari ini dari bahagian Baling dan Petaling Jaya Selatan (PJU) yang bermesyuarat malam tadi. Dengan itu, beliau memperolehi 31 pencalonan sehingga ini.

Bagi naib presiden, Pasir Salak dan Tumpat mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zaid Hamidi, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Hishammuddin Hussein.

Ketereh pula mencalonkan Datuk Syed Albar, Datuk Rais Yatim dan Hishammuddin.

Baling pula mencalonkan Hishammuddin, Ahmad Zahid dan Syed Hamid.

Bahagian Wangsa Maju mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Bagi jawatan naib pula, bahagian tersebutkan Hishammuddin, Ahmad Zahid dan Datuk Shafie Apdal.

PJU pula mencalonkan Tan Sri Isa Samad, Hishammuddin dan Ahmad Zahid.

Kedudukan naib presiden setakat ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (121), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (88), Datuk Shafie Apdal (65), Datuk Khaled Nordin (63), Datuk Syed Hamid Albar (26) dan Tan Sri Isa Samad (22. Keenam mereka sudah melepasi kelayakan minima 20 pencalonan dan layak bertanding.

Calon lain ialah Datuk Jamaluddin Jarjis (18), Datuk Rais Yatim (16), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (10), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Affifudin Omar (1), Datuk Halimah Sadique (1) dan Datuk Mohd Ali Rustam (1).