Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis telah membatalkan jaminan ke atas 24 individu yang ditahan di majlis memasang lilin pada 9 November lalu dan ini dianggap sebagai petanda bahawa tindakan tidak akan diambil terhadap mereka.

bersih 24 241108 dap leaders Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua - salah seorang yang ditahan - berkata sebahagian besar daripada mereka hadir di balai polis Petaling Jaya pagi tadi seperti yang diarahkan.

"Polis memberitahu kami bahawa jika ada apa-apa mereka akan menghubungi kami," katanya sambil menyifatkannya sebagai satu cara tidak langsung untuk menyatakan bahawa tindakan tidak akan diambil terhadap mereka.

Ketika dihubungi, Pua berkata, dua individu dari Pulau Pinang telah menghantar faks kertas jaminan mereka ke balai polis Petaling Jaya,

bersih 1st year anniversary pj vigil arrest 111108 tony pua Menjelaskan lebih lanjut mengenai pembatalan jaminan polis itu, Pua berkata, penahanan mereka "tidak perlu" langsung, kerana sebahagian besar individu terbabit pernah menyertai dalam perhimpunan yang berlangsung secara aman.

Seorang daripada mereka ialah juruvideo Malaysiakini, Shukri Mohammad yang bertugas membuat liputan majlis tersebut. Selain menahannya, polis juga merampas pita dan kamera videonya, dan disimpan selama kira-kira dua minggu.

Pua juga menyentuh tentang layanan polis terhadap perarakan pro-ISA yang dianjurkan oleh sebuah NGO Islam, persatuan warisan dan pertubuhan kebudayaan Melayu di bawah badan induk yang dikenali sebagai Prowaris di Kuala Lumpur semalam.

"Kami tidak meminta supaya tindakan diambil terhadap Prowaris tetapi tidakkah ia menunjukkan bahawa wujudkan dwi-standard (di pihak polis) dalam menangani perkara seumpama itu?" soalnya kerana tindakan tidak diambil terhadap kumpulan berkenaan.

bersih 24 241108 ronnie liu Pua serta exco kerajaan negeri, Ronnie Liu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau weng San, adalah antara 24 orang yang ditahan.

Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan semalaman untuk disoalsiasat. Mereka juga diarahkan hadir di balai polis tersebut hari ini untuk menentukan sama ada sebarang tindakan lanjut akan diambil terhadap mereka.

Majlis memasang lilin itu diadakan untuk membantah ISA dan menyambut ulang tahun pertama perhimpunan Bersih pada 10 November lalu yang mendesak diadakan pilihanraya yang bebas dan adil. Berita asal

ADS