Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Dakwa Mukhriz menghasut
Diterbitkan:  Dec 2, 2008 11:44 AM
Dikemaskini: Dec 3, 2008 2:53 AM

Datuk Mukhriz Mahathir boleh dikenakan tindakan bawah Akta Hasutan apabila mencadangkan penutupan sekolah berpendidikan Cina dan Tamil semalam untuk menubuhkan sistem persekolah satu aliran.

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkata, sejak pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1971, seseorang yang mencadangkan penutupan sekolah vernakular pernah dikenakan tindakan seperti Utusan Malaysia pada tahun itu.

mukhriz tamil school chinese school Ahli parlimen Sabah, Mark Koding pernah didapati bersalah menghasut apabila membangkitkan saranan menutup sekolah Cina dan Tamil di Dewan Rakyat pada 1978.

Pindaan itu meletakkan kesalahan tersebut bawah Seksyenn 3(f) Akta Hasutan.

Lim menambah, jika wujud kemerdekaan sistem pentadbiran keadilan di negara, Mukhriz boleh didakwa menghasut dan jika didapati bersalah, beliau boleh dilucutkan keanggotaannya di Dewan Rakyat jika didenda RM2,000 atau dipenjara setahun.

Pemuda DAP Pulau Pinang dipercayai akan membuat laporan polis hari ini berhubung kenyataan kontroversi Mukhriz di Parlimen semalam.

Sementara itu MCA menganggap kenyataan anak mantan perdana menteri itu Tun Dr Mahathir Mohamad demi menguatkan kedudukannya menjelang pemilihan Pemuda Umno, Mac depan.

"Mukhriz hanyalah seorang daripada sekian ramai yang mengungkitkan polemik sejak beberapa dekad lalu, semata-mata untuk berdepan dengan pemilihan parti," kata presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Sangat menyedihkan kerana ahli-ahli masih tidak boleh berfikir di luar kotak.

Sementara timbalannya Datuk Seri Chua Soi Lek berkata "yang hendak menjadi hero dalam pemilihan parti, bukan saya.

"Pemilihan MCA sudah lepas. Saya mencadangkan tengok cermin (dulu), siapa yang hero."

Tambahnya, kebebasan memilih aliran pendidikan dan menggunakan bahasa ibunda di sekolah-sekolah telah didebat sekian lama dan telah diterima sebagai amalan meluas.

Pengerusi biro pendidikan Gerakan turut mengkritik kenyataan Mukhriz itu.

"Kami mendesak Datuk Mukhriz menarik balik kenyataannya demi perpaduan rakyat, dan juga perpaduan BN," kata Dr Hsu Dar Ren.

Beliau juga berkata kenyataan exco Pemuda Umno itu bercanggahan dengan Akta Pendidikan yang mengiktiraf hak mendapat pendidikan vernakular, selain bertentangan Perkara 152 (1) (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan.

Dengan mendakwa Mukhriz rela bermain dengan api perkauman demi meraih populariti menjelang pemilihan Umno tahun depan, wakil rakyat PKR Nurul Izzah Anwar berkata cadangan itu boleh membantutkan perkembangan pendidikan pelbagai aliran dan juga menjejaskan hubungan sesama kaum.

"Sekiranya Mukhriz benar-benar seorang 'pejuang bangsa Melayu', beliau seharusnya menentang Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPMSI) yang menyebabkan kemerosotan mutu pendidikan khususnya di kalangan masyarakat Melayu luar bandar yang miskin, dan bukan menghapuskan aliran pendidikan lain," kata ahli parlimen Lembah Pantai dalam satu kenyataan.

Beliau juga menggesa kerajaan BN kembali kepada sistem pendidikan yang adil kepada semua.

ADS