Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Abim: Batalkan penswastaan IJN
Diterbitkan:  Dec 22, 2008 6:00 AM
Dikemaskini: 7:01 AM

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan membatalkan sahaja penswastaan Institut Jantung Negara (IJN), bukan ditangguhkan oleh kabinet, Jumaat lepas.

"Penswastaan IJN yang bermotifkan keuntungan komersil dikhuatiri akan meningkatkan kos rawatan yang seterusnya membebankan pesakit," kata presidennya Yusri Mohamad.

"Abim menegaskan bahawa perkhidmatan kesihatan adalah berteraskan keperluan umum atau public need yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan secara percuma atau pada kadar yang berpatutan."

Kenyataan NGO Islam mengulangi bantahan serupa beberapa pihak lagi, selain pemimpin pembangkang, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan ahli parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir, yang juga calon ketua Pemuda Umno.

Yusri menambah, sebarang projek penswastaan kesihatan haruslah mengambil kira tanggungjawab sosial kerajaan kepada rakyat.

ADS