Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PPSMI: Gapena beri kata dua 31 Dis
Diterbitkan:  Dec 24, 2008 11:21 AM
Dikemaskini: 4:05 AM

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada kerajaan untuk membatalkan pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Jika gagal, ia bercadang untuk mengambil tindakan serius terhadap kerajaan termasuk mempertikaikan dasar itu di mahkamah, lapor Bernama .

Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.

"Menteri Pelajaraan boleh cakap kami beremosi.

"Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat Bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya selepas majlis makan malam Gapena bersama media malam tadi.

Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek itu kepada Bahasa Melayu.

"Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Pada majlis yang sama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan akhbar Utusan Malaysia menerima anugerah sulung Anugerah Citra Gapena.

[Berita lanjut menyusul]

ADS