Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Peguam veteran yang juga pengerusi DAP, Karpal Singh mencabar Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi supaya menyamannya kerana memfitnah jika kenyataannya yang mendakwa Zaki bersalah kerana rasuah dan berbohong mengenai perkara itu, adalah tidak betul.

karpal singh and zaki azmi "Saya cabar beliau menyaman saya. Sama ada beliau yang benar atau saya yang benar...," kata Karpal hari ini selepas menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai isu pelantikan Zaki.

Walaupun ini bukan kali pertama Karpal memberi kata dua seumpama itu kepada Zaki, namun hari ini, pengerusi DAP itu berkata beliau sedia didenda dan/atau dipenjarakan atau dilucut statusnya sebagai ahli Parlimen dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum akan datang, jika dia didapati bersalah memfitnah.

"Saya boleh didenda atau dipenjarakan. Ia adalah satu perkara yang serius untuk memfitnah ketua hakim negara," katanya kepada pemberita di luar pagar Istana Negara di Kuala Lumpur pagi ini.

Baca berita penuh

ADS