Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan S'gor akan siasat dokumen 'bocor'
Diterbitkan:  Jan 23, 2009 4:12 PM
Dikemaskini: 8:17 AM

Kerajaan negeri Selangor akan menyiasat mengenai kesahihan dokumen-dokumen yang diperolehi oleh pihak-pihak yang membuat dakwaan bahawa dana kerajaan negeri digunakan untuk membeli 46 ekor lembu korban yang disumbangkan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

"Kerajaan negeri juga bimbang dengan kesahihan dokumen-dokumen yang diperolehi oleh pihak-pihak yang membuat tuduhan liar ini," kata Setiausaha Politik kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Demi ketelusan dan kebertanggungjawaban, pejabat menteri besar akan menyiasata tentang kesahihan dokumen tersebut serta asal dokumen tersebut diperolehi," katanya dalam satu kenyataan.

khir toyo pc on selangor corruption 220109 01 Semalam, ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa menerima salinan surat mengenai arahan dari pejabat menteri besar Selangor berhubung pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

Menteri Besar, Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Semalam, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Dalam laporannya, Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa Abdul Khalid membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.

Buruk reputasi

Bagaimanapun, semalam Abdul Khalid telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tidak menggunakan sebarang dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, Nik Nazmi berkata, kekeliruan yang timbul akibat laporan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan reputasi kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Namun, katanya, kerajaan negeri, khususnya menteri besar, tidak akan tunduk kepada "serangan politik murahan dan akan terus komited dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor.

Nik Nazmi juga mengulangi bahawa tiada dana kerajaan negeri digunakan untuk membeli 46 lembu korban bagi kawasan Bandar Tun Razak.

Sebaliknya, kata beliau, lembu-lembu itu diderma oleh enam anak syarikat dan syarikat bersekutu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), iaitu:

bullet button Selangor Industrial Corporation Berhad (SIC) - lima ekor bernilai RM12,000.

bullet button Selaman Sdn Bhd - 10 ekor bernilai RM24,000.

bullet button Damansara Impian Sdn Bhd - enam ekor bernilai RM14,400.

bullet button Pembinaan K K Wong Sdn Bhd - 10 ekor bernilai RM24,000.

bullet button PKNS Infra Berhad - lima ekor bernilai RM12,000.

bullet button Mas Ehsan Develompment Sdn Bhd - 10 ekor bernilai RM24,000.

bullet button PKNS Engineering & Construction Berhad - lima ekor bernilai RM12,000.

Tiada arahan MB

Nik Nazmi berkata, kerajaan juga telah dimaklumkan oleh PKNS bahawa SIC Berhad telah membayar RM110,000 kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang membekal lembu korban itu.

"Syarikat (tersebut) kemudiannya menghadar 'debit note' kepada enam syarikat yang lain untuk bayaran.

"Tiada arahan dari menteri besar kepada PKNS atau SIC Berhad untuk menderma lembu korban ke kawasan Bandar Tun Razak.

"Hanya selepas keputusan dibuat untuk menderma lembu di kawasan Bandar Tun Razak, PKNS telah memaklumkan bahawa terdapat beberapa syarikat yang ingin menderma lembu bagi tujuan kegunaan sempena Hari Raya Korban," katanya.

Menurut Nik Nazmi, semua perancangan awal menderma lembu korban itu dibuat di peringkat PKNS dan syarikat-syarikat terbabit tanpa melibatkan mana-mana penggunaan dana kerajaan negeri ataupun atas arahan menteri besar atau pegawai-pegawainya.

ADS