Anwar, kita akan putuskan bila Eli habis bercuti

   

PKR akan membuat keputusan mengenai status exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong selepas beliau balik dari cuti, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun diasak berulangkali, Anwar enggan menyatakan berapa lama Elizabeth akan bercuti.

parliament 170209 anwar ibrahim pc

Anwar juga berkata beliau akan meminta Elizabeth menimbang semula keputusannya menawar untuk meletakkan jawatan exco negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan.

"Kita akan meminta beliau menimbangnya semula," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Anwar turut mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan foto-foto bogel Elizabeth kepada umum.

Kelmarin, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum itu. Selain foto, difahamkan satu klip video juga turut disebarkan.

Beliau juga merupakan Adun PKR di Bukit Lanjan dan exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Baca berita penuh

Malaysiakini
terkini untuk anda