Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Tan Chai Ho berkata perbuatan mengedarkan semula DVD seks Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah untuk menjatuhkan kedudukan bekas menteri kesihatan itu dalam masyarakat dan parti serta membunuh karier politiknya.

Sehubungan itu, bekas timbalan menteri dalam negeri itu menggesa supaya dihentikan amalan kotor tersebut untuk menumbangkan lawan politik.

tan chai ho pc 270209 02 Perbuatan itu juga turut merosakkan imej parti dan menghakis semangat ahli MCA," katanya dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Tan walaupun kenyataannya itu dilihat berpihak kepada Chua, namun bekas ketua perhubungan MCA Wilayah Persekutuan itu menegaskan bahawa pandangan itu mencerminkan isi hati akar umbi, dan bukan untuk menyokong Chua atau menentang sesiapa.

Ditanya sama ada kenyataannya itu ditujukan kepada Datuk Seri Ong Tee Keat, beliau berkata, ia ditujukan kepada semua orang, termasuk presiden MCA tersebut.

Hadir sama dalam sidang akhbar Tan hari ini ialah seorang lagi AJK pusat, Loh Seng Kok yang juga bekas ahli Parlimen Kelana Jaya dan beberapa pemimpin MCA tempatan.

Minta Chua dan Ong berbaik

Tan juga meminta supaya pemimpin nombor satu dan dua MCA itu berusaha membaiki hubungan mereka.

Katanya, ini kerana Chua dan Tee Keat dipilih oleh perwakilan dan oleh itu, beliau akan beri sokongan sepenuhnya kepada kedua-dua mereka.

Tan juga berpendapat bahawa kemenangan Chua dalam pemilihan parti yang lalu, menghantar tiga mesej:

bullet button Pertama, ahli-ahli MCA dan perwakilan menghargai kepimpinan politik Chua;

bullet button Kedua, perwakilan MCA berpendapat, isu DVD seks itu dan kebolehan seseorang pemimpin, adalah perkara yang berbeza; dan

bullet button Ketiga, perwakilan MCA mahu Chua terus menyumbang untuk parti, negara dan masyarakat.

Mangsa 'pembanterasan' politik

"Oleh itu, kita meminta seluruh masyarakat mengecam mereka yang merakam dan menyebar DVD tersebut dan pihak berkuasa diminta memberkas mereka.

"Jika tidak, lebih banyak lagi pemimpin politik yang berbakat, akan menjadi mangsa 'pembanterasan" politik," katanya.

tan chai ho pc 270209 01 Tan menegaskan bahawa Chua bukanlah seorang penjenayah dan beliau juga telah membayar harga terhadap kesalahannya itu.

"Oleh itu, kita seharus memberi peluang baru kepada Datuk Seri Dr Chua dan bukan terus meneruskan membangkitkan perkara lama," tegasnya.

Tan bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai ura-ura bahawa penyokong Chua mahu memanggil mesyuarat luar biasa (EGM) untuk menggulingkan Tee Keat.

Bila ditanya sama ada beliau pernah dihubungi oleh sesiapa untuk menandatangani EGM tersebut, Tan menjawab "tidak, belum lagi, tidak tahu".

ADS