BERITA Malaysiakini

Khairy jawab isu ECM-Libra

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

eksklusif Khairy Jamaluddin menjadi sasaran kecaman dari setiap penjuru sejak beliau melangkah masuk ke gelanggang politik lima tahun lalu. Khairy menjadi sasaran pelbagai tuduhan - termasuk pembabitan beliau dalam bank pelaburan ECM-Libra.

Salah seorang daripada 'kaki pukul' tersebut ialah penulis blog kontroversial, Raja Petra Kamarudin - yang tidak pernah ditemuinya walau sekali pun.

Khairy berkata, semuanya adalah mengenai Khairy Jamaluddin yang

'anda benci' dan Raja Petra yang 'anda sukai'.

Dalam bahagian ketiga daripada lima siri wawancara Khairy dengan Malaysiakini, menantu perdana menteri itu ditanya mengenai tuduhan yang dilempar terhadapnya - termasuk dakwaan cuba menyertai syarikat-syarikat terkemuka kerajaan seperti Khazanah Holdings, minatnya untuk menyertai kabinet dan tuduhan bahawa beliau dapat habuan daripada rebat petrol.

khairy jamaluddin interview 030309 sequence Ditanya mengenai imejnya yang tercalar dengan pelbagai tuduhan itu, Khairy berkata, sehingga ini tiada pihak yang dapat membuktikan bahawa semua dakwaan tersebut adalah benar.

Ditanya mengenai pegangannya sebelum ini dalam ECM Libra, sebelum menjual pegangannya itu kemudiannya, Khairy berkata: "Apa yang salahnya?"

Khairy menjelaskan bahawa beliau menyertai syarikat tersebut sebagai anggota pengurusan kanannya, yang turut ditawarkan opsyen saham dalam syarikat tersebut.

Katanya, beliau menerima tawaran opsyen saham tersebut "dan semua anggota pengurusan kanan ditawarkan opsyen saham yang sama, berserta dengan pinjaman dari orang yang menawarkan saham berkenaan".

Jelasnya, bercanggah dengan apa yang orang sangka, syarikat berkenaan tidak memberi pinjaman kepadanya untuk membeli saham tersebut kerana ia adalah salah.

"Orang yang menjual saham dan memberi pinjaman itu (kepada saya) adalah pemegang saham pengasas syarikat tersebut - Kali (Kalimullah Hassan), David Chua, Lim Kian Ong. Mereka yang memberi saya pinjaman...," jelasnya.

Khairy berkata, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk menjual saham tersebut apabila menyedari beliau menjadi sasaran kecaman dan pihak syarikat turut terjejas kerananya.

"Kerana itu, lebih baik saya tarik diri daripada membiarkan syarikat berkenaan terjejas kerana pemegang sahamnya ramai. Itulah yang sebenarnya berlaku.

"Jika pun saya dianggap bersalah, kesalahan itu ialah kerana (saya) ditawarkan peluang seumpama itu pada tahap usia yang muda. Tetapi niatnya adalah untuk membina syarikat untuk jangka masa panjang, membesarkan syarikat dan memastikan ia berjaya menjadi sebuah institusi perkhidmatan kewangan," katanya.

Baca berita penuh