Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Visa 55,000 pekerja Bangladesh dibatalkan
Diterbitkan:  Mar 10, 2009 1:40 PM
Dikemaskini: 9:19 AM

Semua visa kemasukkan pekerja Bangladesh yang diluluskan pada 2007 dan masih belum memasuki Malaysia dibatalkan serta-merta, kata menteri dalam negeri hari ini.

Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tindakan itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk tidak menerima sebarang permohonan baru, melainkan untuk sektor-sektor tertentu yang kritikal, lapor Bernama .

syed hamid albar exclusive interview larger pix 231008 05 "Kerajaan telah mengambil keputusan untuk membatalkan serta-merta visa semua pekerja asing dari Bangladesh yang masih menanti untuk memasuki negara ini.

"Ini bersesuaian dengan senario semasa negara, yang tidak memerlukan tenaga kerja asing, melainkan untuk beberapa sektor tertentu yang dikenal pasti oleh kerajaan," beliau dipetik berkata selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri.

Berikutan langkah itu, Syed Hamid berkata kerajaan akan mengembalikan wang bayaran levi yang dikeluarkan majikan untuk tujuan kemasukan pekerja berkenaan.

"Kerajaan memberi jaminan bahawa wang levi itu akan dikembalikan semula kepada majikan dalam jangka masa terdekat dan berharap, isu ini tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menangguk di air keruh," katanya.

Beliau mengulas kenyataan penasihat buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Talat Mahmud Khan pada Ahad lepas bahawa lebih 70,000 pekerja Bangladesh akan masuk ke negara ini tidak lama lagi untuk bekerja dalam pelbagai sektor.

stranded bangladeshis klia 030305 baggages 01 Menurut agensi berita itu lagi, Syed Hamid berkata sehingga 31 Dis 2007, jumlah sebenar pekerja yang diluluskan memasuki negara ini tetapi masih belum berbuat demikian hanyalah 55,147 orang.

"Tidak ada kelulusan baru yang diberikan selepas tahun tersebut dan saya tidak tahu bagaimana angka itu diperolehi.

"Saya akan memanggil Konsul Bangladesh untuk berjumpa dengan Jabatan Imigresen bagi menjelaskan perkara ini.

"Keputusan untuk mengambil pekerja asing selepas tempoh tersebut akan ditentukan dengan teliti oleh kerajaan untuk sektor yang diklasifikasikan sebagai 3D (berbahaya, sukar dan kotor).

"Itupun jika ia benar-benar perlu," beliau dipetik berkata.

ADS