Tanggal 29 November adalah tarikh yang celaka. Bukan kerana nombor 29nya, bukan juga kerana Novembernya, dan bukan juga kerana tarikh atau waktu atau zaman tersebut. Malah sebagai umat Islam, Nabi Muhammad S.A.W. telah melarang umatnya dari memaki waktu, kerana Allah telah menciptakan waktu.

Ianya celaka apabila dikaitkan dengan apa yang telah berlaku lebih 57 tahun yang lalu. Tanggal 29 November 1947. Apa yang berlaku pada tarikh tersebut merupakan bermulanya kecelakaan di bumi Timur Tengah, yang sehingga kini hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu bila ia akan berakhir.

Apa yang berlaku pada tarikh tersebut? Yang pasti ianya bukanlah tarikh kemerdekaan Malaysia yang dikenang selamanya oleh rakyat Malaysia, ataupun ianya bukan tarikh kematian Kurt Cobain, bintang yang sentiasa diingati tarikh kematiannya oleh masyarakat Black dan underground. Ianya adalah tarikh munculnya resolusi 181 Majlis umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)!

Tarikh tersebut telah menyaksikan bagaimana resolusi tersebut telah digunakan oleh PBB (sebelum itu League of Nations) untuk menyelesaikan pertelingkahan yang semakin memuncak antara bangsa Arab dan bangsa Yahudi di bumi Palestin. Resolusi tersebut telah mengambil jalan membahagikan bumi Palestin kepada dua kawasan atau negara.

Pertamanya, negara untuk orang Arab, sebagai penduduk asal bumi tersebut, dan juga negara yang kedua untuk kaum Yahudi yang telah mula mendiami bumi tersebut setelah diberikan lesen oleh penjajah British menerusi Deklerasi Balfour, 1917.

Bagaimanakah ia bermula

Bumi Palestin pada asalnya terletak di bawah pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah semenjak kurun ke-16 Masihi lagi. Semenjak zaman berzaman ianya juga merupakan sebahagian daripada wilayah Syam yang menjadi wilayah kedua terpenting di dalam pemerintahan Uthmaniyyah selepas wilayah Turki Asia (di mana terletaknya istana Khalifah).

Selama berkurun lamanya juga ia menjadi satu kota yang terbuka dan menjadi pusat ziarah kaum Muslimin dan juga para penganut agama Kristian yang menunaikan haji mereka ke kota suci Baitul Maqdis. Keadaan aman dan harmoni yang wujud di antara penduduk Islam dan Kristian di Palestin ini telah wujud semenjak 16 Hijrah lagi semenjak Palestin menjadi sebahagian daripada wilayah Empayar Islam yang diperintah oleh Khalifah ketiga umat Islam, Omar al-Khattab.

Ianya agak terganggu pada kurun ke-11 Masihi dengan kedatangan tentera Salib dari Eropah. Kedatangan tentera Salib Eropah tersebut bukan hanya menjadi bencana kepada umat Islam yang menduduki Palestin, malah tahun 1099M telah menyaksikan bagaimana penduduk Palestin yang beragama Kristian pun telah turut menjadi mangsa kekejaman tentera tersebut di dalam usaha para imperialis Eropah menakluk jalan perdagangan ke Timur dengan menggunakan nama agama.

Daripada 50,000 penduduk kota Baitul Maqdis yang terkorban, sebahagian daripada mereka adalah penduduk Kristian yang dianggap oleh tentera Salib sebagai "pihak yang lain", kerana fahaman Kristian Ortodoks Timur yang dianuti oleh penduduk berkenaan.

Keretakan hubungan antara penganut kedua agama ini, walau bagaimanapun, semakin lenyap selepas Salahuddin al-Ayyoubi telah berjaya mendapatkan kota suci tersebut bagi pihak penduduk asalnya. Selepas itu, penduduk Baitul Maqdis terus hidup di dalam keadaan damai sehinggalah di awal kurun ke-20.

Pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, ideologi nasionalis telah mencapai kemuncaknya. Negara Eropah kebanyakannya telah menjadikan ideologi tersebut sebagai penentu dasar negara mereka. Fahaman ini secara tidak langsung telah mengancam keewujudan bangsa Yahudi di Eropah.

Selain terkenal sebagai sebuah bangsa yang bongkak, memandang bangsa lain sebagai goyem (binatang dalam bentuk manusia), mereka juga terkenal sebagai pengamal riba dan lintah darat. Melalui riba dan hutang, mereka berjaya merancang turun naiknya sesebuah kerajaan, peperangan, pergolakan, revolusi dan bermacam-macam lagi.

Modal-modal ini telah cukup untuk membuatkan masyarakat Eropah membenci mereka. Demi memastikan mereka dapat menyelesaikan permasalahan Yahudi ini, masyarakat Eropah telah memikirkan tempat untuk menempatkan bangsa Yahudi agar mereka keluar daripada Eropah. Perasaan kebencian masyarakat Eropah ini diperkuatkan lagi dengan perasaan dendam penganut Kristian Katolik yang beriman bahawa kaum Yahudilah yang bertanggung jawab menyebabkan Jesus (Nabi Isa) disalib dan kemudiannya dibunuh.

Mereka juga merasakan tidak selesa dengan kewujudan kaum Yahudi di bumi Eropah. Perkara ini telah menjadikan mereka bersikap agak keras dan berusaha untuk memastikan penghijrahan kaum Yahudi dari bumi Eropah.

Peranan golongan Protestant

Di satu sudut yang lain pula, kemunculan fahaman Protestant di kalangan penganut agama Kristian di Eropah juga telah memberikan impak yang tersendiri di dalam penghijrahan kaum Yahudi ke bumi Palestin. Golongan Kristian protestant di Eropah ini telah mula melakukan "penyemakan semula" terhadap kitab suci mereka.

Antara aqidah mereka yang telah "disemak semula" ialah perihal kedatangan Jesus (baca: Nabi Isa A.S.) semula ke dunia di Baitul Maqdis menjelang millenium kedua tahun Kristian. Walau bagaimanapun, untuk muncul semula di Baitul Maqdis, suasana seperti munculnya buat kali pertama perlu diwujudkan. Beliau tidak akan muncul kecuali selepas terbinanya "Haikal" yang telah disebutkan di dalam "Old Testament".

Oleh yang demikian, untuk menyambut kedatangan semula Jesus, Haikal perlulah dibina semula, dan orang Yahudi hendaklah dikumpulkan sekali lagi di Baitul Maqdis. Untuk apa?, untuk disembelih oleh Jesus, sepertimana mereka menurut dakwaan mereka - telah membunuh Jesus suatu waktu dahulu.

Ide golongan Protenstant untuk membawa pulang kaum Yahudi ke bumi Palestin telah disambut baik oleh golongan sekularis dan juga golongan Protestant Yahudi (Haskalah). Akhirnya melalui gerakan Zionis yang telah ditubuhkan secara rasmi di Basil, Switzerland pada 1897, (yang dianggotai lebih 33 pertubuhan Yahudi dari seluruh dunia), mereka bersetuju untuk membawa pulang orang Yahudi dari serata dunia ke bumi Palestin dan Baitul Maqdis dan menubuhkan sebuah negara Yahudi yang bernama Erezt Yizrael.

Jika diamati, secara tidak langsung, gerakan Zionis ini juga tidak terlepas daripada pengaruh faham nasionalis yang berusaha mewujudkan sebuah negara berteraskan ras atau bangsa. Lebih menarik lagi apabila gerakan Zionis ini bukan sahaja dianggotai mereka yang berketurunan Yahudi, malah golongan kristian berfahaman protestant juga turut menyertainya.

Keadaan menjadi lebih membarah apabila golongan Zionis Kristian ini telah menguasai Great Britain. Sir Arthur Belfour, Menteri Luar British ketika itu sendiri merupakan pendokong kuat gerakan Zionis Kristian tersebut. Menurut sesetengah sumber yang lain, hatta Queen Victoria yang berkuasa pada waktu itu pun dikatakan berada di bawah pengaruh fahaman tersebut.

Empayar Turki kalah perang

Apabila Empayar Turki Uthmaniyyah telah kalah dalam perang dunia pertama, mereka telah hilang kekuasaan dan juga penguasaan ke atas wilayah jajahan mereka. Dengan krisis dalaman yang mereka hadapi dan juga serangan luaran, akhirnya mereka terpaksa tunduk dengan apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh pihak yang menang perang.

Perjanjian Sykes-Picot 1916 telah membahagikan negara Arab kepada dua kuasa besar pada waktu itu. Lebanon dan Syria diletakkan di bawah pengaruh Peranchis, manakal Iraq, Palestin dan beberapa negara Arab yang lain diletakkan di bawah pengaruh British. Hasilnya, Deklarasi Belfour berlangsung, dan bumi Palestin mula dibanjiri pendatang Yahudi dari Eropah. Bumi Palestin seterusnya diletakkan di bawah pemerintahan Mandat British pada tahun 1920M.

Semenjak tarikh tersebut sehinggalah tahun 1948, bumi Palestin menyaksikan kehadiran pendatang Yahudi ke bumi Palestin yang menandakan bermulanya perubahan besar dalam politik dunia untuk tahun-tahun berikutnya. Akhirnya populasi Yahudi di bumi Palestin meningkat, mereka telah berjaya mendapatkan tanah untuk didiami dengan dua cara utama.

Pertamanya, dengan membeli tanah tersebut dari penduduk asal Palestin. Cara ini tidaklah terlalu popular, kerana bumi Palestin dianggap oleh majoriti umat Islam sebagai tanah wakaf yang tidak boleh dijual-beli. Cara kedua ialah melalui cara kekerasan. Dengan kehadiran kumpulan militan dan pengganas mereka, kaum Yahudi telah berjaya merampas dan merompak tanah, rumah dan juga kawasan di bumi Palestin dari pemilik asal mereka yang sama ada telah dihalau ataupun dibunuh.

Pergolakan dan pergaduhan sering timbul di antara dua bangsa ini. Bangsa Arab (sama ada Muslim ataupun Kristian) sebagai penduduk asal Palestin yang mempertahankan tanahair mereka, dengan bangsa Yahudi sebagai pendatang yang cuba merampas dan mengambil tanah di bumi Palestin dari penduduk asalnya. Keadaan yang tidak stabil ini akhirnya tidak berjaya lagi dikawal oleh penjajahn British melalui pemerintahan mandat mereka.

Walaupun mereka lebih banyak menyebelahi dan menjaga kepentingan pihak Yahudi ketika berdepan dengan masalah antara dua puak ini, namun di kemuncak pergolakan, mereka terpaksa menarik diri dan mencari penyelesaian kepada konflik yang timbul dengan campurtangan kuasa-kuasa asing yang lain. Natijahnya, pada 2 April 1947, wakil British ke PBB, telah membawa persoalan masa depan Palestin.

Dalam bulan yang sama juga, beberapa perwakilan dari negara Arab (Mesir, Iraq, Syria, Lebanon dan Arab Saudi) telah cuba mempengaruhi Setiausaha Agung PBB untuk membincangkan perihal kemerdekaan Palestin dan mengakhiri pemerintahan Mandat British di sana. Sayangnya, pada 1 Mei 1948, Majlis Umum PBB hanya bersetuju dengan cadangan British dan tidak mengambil kira cadangan yang ditimbulkan oleh negara-negara Arab.

British bukan hanya sekadar membawa cadangan tersebut untuk diperbincangkan, malah telah menjadi jurucakap kepada gerakan Zionis dengan membawa penyelesaian menurut acuan Zionis untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Akhirnya Jawatankuasa Khas Mengenai Palestin (Unscop) telah ditubuhkan untuk menyelesaikan perkara ini.

Antara cadangan Zionis yang dibawa oleh British ke PBB ialah cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara merdeka (Partition Plan), dengan 42.88 peratus (4,476 batu persegi) daripada bumi tersebut (Gaza, Tebing Barat dan Trans Jordan) diserahkan kepada orang Arab, manakala 56.47 peratus(5,893 batu persegi) lagi dari bumi Palestin diserahkan kepada orang Yahudi.

Natijahnya

Cadangan ini juga dinamakan sebagai the Pelan Majoriti (Majority Plan). Cadangan ini disokong oleh tujuh negara anggota Unscop (Kanada, Czescholovakia, Guatemala, Belanda, Peru, Sweden dan Uruguay) manakala tiga negara anggota Unscop ang lain membawa Cadangan Pelan Persekutuan (The Federal Plan), yang membahagikan bumi Palestin kepada dua wilayah tetapi di bawah satu pentadbiran. Entiti tersebut akan dikenali sebagai negara Palestin, tetapi ia menjamin hak yang sama rata bagi kedua-dua bangsa yang mendominasi negara tersebut.

Kedua-dua cadangan ini, bagaimanapun, ditolak oleh negara-negara Arab yang melihat apa yang berlaku ini sebagai melampau dan juga menafikan hak mereka ke atas bumi tersebut. Pada 23 September, 1947, Majlis umum PBB telah menubuhkan Jawatankuasa Sementara untuk meneliti laporan Unscop, yang membawa kepada resolusi khusus berkaitan perkara tersebut, selepas undian negara anggota PBB.

Selepas pembentangan keputusan Jawatankuasa Sementara itu mengenai isu tersebut, maka mulai 26 November 1949, ahli-ahli Majlis Umum PBB pun memulakan persidangan mereka. Pada awalnya kebanyakan negara tidak bersetuju dengan cadangan pembahagian tersebut dan telah mengecam, membantah dan memberi amaran tentang kesan cadangan tersebut jika dilaksanakannya.

Wakil Filipina, Pakistan, Mesir dan beberapa negara lain, telah bangkit menyuarakan kebimbangan mereka tentang perubahan lanskap politik dunia dan Timur Tengah jika cadangan tersebut diterima. Bagaimanapun, akhirnya majoriti anggota Majlis Umum PBB bersetuju dengan rancangan 'Pelan Majoriti' dan diterima menjadi resolusi 181.

Dengan undian 33 negara menyokong, termasuk dua kuasa besar dunia pada waktu itu, Amerika Syarikat dan Rusia (pada waktu itu USSR), majoriti undian untuk Pelan Majoriti itu diterima, mengatasi 13 negara (yang majoritinya negara Islam) yang membantah dan 10 lagi berkecuali (termasuk United Kingdom dan China).

Dengan itu, tepat pada tarikh 29 November 1947, resolusi celaka itu diluluskan. Resolusi tersebut juga telah menjadikan 14 Mei 1948 ditetapkan sebagai tarikh akhir mandat British di bumi Palestin dan permulaan kepada negara haram...


Maszlee Malik adalah ahli jawatankuasa JIM Antarabangsa.