Jangan sampai kita terlupakan tanggal 25 Februari
Apakah signifikannya tanggal 25 Februari? Tarikh itu menyaksikan peristiwa berdarah di mana lebih 60 jemaah yang sedang bersolat subuh di Masjid Ibrahimi, di Khalil, Palestin terkorban, manakala 300 lagi cedera parah pada tahum 1994 (bagaimanapun laporan rasmi kerajaan Zionis menyatakan 29 terbunuh tanpa bilangan yang tercedera).
Baruch Goldstein, seorang ekstremis Yahudi dari gerakan radikal Kach, yang juga doktor perubatan dari kawasan Kiryat Arba sebuah penempatan Yahudi di pinggir bandar tersebut sejak tahun 1967 yang diasaskan oleh Rabbi Moshe Levinger telah bertanggungjawab melakukan jenayah tersebut.
Masjid Khalil di mana terletaknya makam Nabi Allah Ibrahim, nabi yang dipersetujui oleh ketiga-tiga agama besar Islam, Kristian dan Yahudi sebagai bapa para nabi (Abu Anbiya). Nabi ini menjadi sandaran ketiga-tiga agama ini untuk mengesahkan kesahihan agama mereka. Kisah Nabi Ibrahim yang amat panjang dan menarik itu sarat dengan tauladan.
Terdapat banyak persamaan di antara cerita Nabi Ibrahim di dalam 'Old Testament' dan juga al-Quran. Nabi yang berasal dari Iraq ini telah diperintahkan oleh Allah untuk berhijrah ke bumi Kan'an (Palestin), kemudiannya ke Mesir. Dari Mesir, baginda pulang semula ke bumi Kan'an dan menetap di sana sehingga wafat.
Baginda wafat di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Ma'arat Hamachpelah dan kemudiannya dinamakan di zaman Islamnya sebagai al-Khalil di dalam bahasa Arabnya bermaksud teman yang setia, iaitu gelaran yang telah Allah berikan kepadanya (Khalil al-Rahman teman Allah yang setia). Ianya juga dikenali sebagai Hebron dalam bahasa Inggeris.
Di makamnya, dibina sebuah masjid yang dinamakan sempena nama baginda, iaitu Masjid Ibrahimi, yang menjadi tempat kunjungan umat Islam semenjak zaman pemerintahan Islam di sana jika mereka berpeluang menziarahi Palestin, Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa. Masjid inilah yang menjadi antara khazanah dan tapak ziarah umat Islam semenjak zaman berzaman.

Kaum Yahudi mempercayai bahawa ianya menjadi tapak makam Ibrahim, Sarah, Hajar, Yaakob dan juga Ismail, dan sehingga kini digelar sebagai "Machpelah cave" oleh orang Yahudi.
Yang menariknya, kaum Yahudi bebas tinggal di sini semenjak zaman pemerintahan Islam lagi sehinggalah pada Ogos tahun 1929 apabila tercetusnya kekecohan oleh pendatang Yahudi dari Eropah yang menawan tembok Burak di Masjid al-Aqsa dan menukarkannya menjadi "Kotel" (tempat meratap) mereka.
Penempatan baru
Tindakan mereka ini telah menimbulkan huru-hara dan berlakunya pertempuran antara pendatang serta pengganas Yahudi yang datang dari Eropah dengan penduduk asal Palestin. iaitu orang Arab, sama ada beragama Islam mahupun Kristian.
Kekecohan ini menyebabkan penduduk asal al-Kahlil berbangsa Arab, telah membunuh kira-kira 60 pendatang dan pengganas Yahudi di sana. Semenjak peristiwa itu, kaum Yahudi tidak dibenarkan mendiami kawasan tersebut sehinggalah tahun 1967.
Kesan kekalahan pihak Arab kepada Israel pada perang enam hari pada tahun 1967, sekumpulan ekstremis Yahudi, diketuai Rabbi Moshe Levinger yang menyamar sebagai pelancong, telah mendiami kawasan tersebut dan enggan meninggalkannya.
Mereka akhirnya bersetuju meninggalkan bandar al-Khalil setelah dipujuk kerajaan rejim Zionis dengan diberikan penempatan baru di perkampungan bersebelahan bandar itu, yang bernama Kiryat Arba.
Semenjak itu mereka bebas menunaikan ibadat mereka di makam Ibrahim yang juga dikenali sebagai " The Cave of Patriach " seperti yang diimani oleh pihak Yahudi dan Kristian seperti yang terkandung di dalam kitab Genesis dalam 'Old Testament' ataupun dinamakan sebagai Torah oleh orang Yahudi.
Mereka dipercayai terpengaruh dengan hasutan Rabbi Kook Jr, pemimpin puak ekstremis Yahudi yang menyeru kaumnya segera membentuk " Erezt Yizrael ha Shemla " (Negara Israel yang sempurna), dengan bandar al-Khalil menjadi kawasan yang wajib berada dalam negara itu, kerana itulah tapak awal kerajaan David seperti yang diceritakan di dalam kitab Genesis.
Di zaman Moshe Dayan, Masjid Ibrahimi yang terletak bersebelahan makam Ibrahim ini, telah dibahagikan kepada dua bahagian satu untuk masjid, dan satu lagi untuk synagogue (rumah ibadat) orang Yahudi. Ini berdasarkan keputusan kerajaan rejim Zionis waktu itu yang melarang kaum Yahudi beribadat di Mount of Olive, tempat terletaknya Kubah Sakhra, di dalam Masjid al-Aqsa.
Semenjak itulah, saban hari, bilangan penduduk Yahudi dan pengunjung Yahudi ke kawasan tersebut semakin bertambah. Keadaan bertambah parah selepas perjanjian Oslo 1993. Melalui perjanjian tersebut, keseluruhan pentadbiran kawasan bersejarah yang dianggap suci oleh agama Yahudi, diserahkan kepada rejim Zionis.
Persetujuan Hebron
Ini bermakna, tentera mereka ditempatkan untuk berkawal di kawasan terbabit, antaranya makam Nabi Ibrahim sendiri, makam Nabi Yusuf di Nablus dan juga makam Rachel di Bethlehem.
Ianya berterusan sehinggalah subuh hari Jumaat 25 Februari 1994 bersamaan 15 Ramadhan 1415, apabila ekstremis Yahudi, Dr Baruch Goldstein dari kumpulan Kahaneh, melepaskan tembakan ke arah para jemaah yang sedang menunaikan solat subuh di Masjid Ibrahimi.
Hari itu kebetulan pula merupakan hari perayaan Purim oleh kaum Yahudi. Goldstein, seorang doktor yang berasal dari Brooklyn, New York dan pengikut setia ajaran Rabbi Meir Kahane, telah dipukul hingga mati oleh jemaah yang terselamat. Di makamnya tertulis bahawa dia adalah "syahid" yang telah dipilih oleh tuhan Yahweh pada tarikh suci perayaan Purim mereka pada 14 Adar tahun 5754 Yahudi.
Bagi penduduk Yahudi Israel secara umumnya, Goldstein dianggap sebagai hero dan syahid mereka. Dia mendapat jolokan gelaran: " Baruch Ha-Gever " yang bermakna "Baruch lelaki sejati". Ianya juga bermakna "Baruch lelaki yang diberkati (tuhan)". Tidak hairanlah selepas itu dia dinobatkan pula sebagai wali, di mana kuburnya dijadikan tempat bersejarah dan makam yang dibesarkan.
Para ekstremis Yahudi menjadikan upacara ziarah sebagai kemestian jika mereka berkunjung ke bandar al-Khalil selepas mereka pulang dari makam Nabi Ibrahim. Agak menarik, selepas peristiwa berdarah ini, sepatutnya Pihak Berkuasa Palestin (PA) bersikap lebih tegas terhadap rakan mereka, rejim Zionis berhubung isu bandar al-Khalil dan juga makam Nabi Ibrahim.
Sebaliknya, yang berlaku seperti yang dikesali oleh mendiang Edward Said dalam bukunya " The End of The Peace Process " Arafat bersetuju tentera rejim berkuasa di bandar al-Khalil melalui perjanjian Taba yang ditandatanganinya dengan rejim Zionis. Lebih menarik lagi ianya berlaku walaupun Arafat telah dinasihatkan oleh Datuk Bandar al-Khalil, Natshe, seorang Yahudi, agar tidak menandatangani perjanjian tersebut.
Hasilnya, para tentera rejim berkuasa dan memenuhi setiap ruang bandar al-Khalil, atas alasan menjaga keselamatan penduduk Yahudi yang rata-ratanya dari golongan ekstremis di sana. Lebih menghangatkan hati lagi, ialah apabila termeterainya persetujuan "Hebron" di antara rejim Zionis dan PA pada Januari 1997.
Pada zahirnya, ia menunjukkan seolah-olah pihak rejim telah menyerahkan bandar al-Khalil kepada PA, iaitu dengan menyerahkan sebilangan besar kawasan bandar tersebut untuk ditadbir oleh PA. Pada hakikatnya, Masjid Ibrahimi sebagai gantinya, telah diserahkan oleh PA kepada rejim secara keseluruhannya.
Persetujuan ini telah menyaksikan bagaimana kawasan synagogue Yahudi telah diperbesarkan dan kawasan Masjid Ibrahimi atau kawasan solat orang Islam semakin mengecil. Lebih parah lagi, bilangan tentera rejim Zionis yang mengawal kawasan masjid dan makam itu, semakin bertambah.
Jika anda berpeluang untuk menziarahi masjid Ibrahimi hari ini, pasti anda akan bertanyakan kepada diri anda, adakah ini masjid atau syanagogue?
Maszlee Malik adalah ahli jawatankuasa JIM Antarabangsa.