Antara isu Isa Samad dan inflasi yang membebankan rakyat
Tindakan dispilin ke atas Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak lebih daripada sebuah pementasan drama yang tidak memerlukan reaksi berlebihan. Tidak akan bersih Umno dan tidak akan hapus rasuah di negara ini disebabkan tindakan ke atas hanya seorang perasuah.
Tindakan Umno ke atas beliau menunjukkan parti itu tidak meletakkan nilai yang tinggi ke atas gaya kepimpinan dan bewibawaan beliau. Umno tentu sudah membuat pertimbangan komprehensif sebelum bertindak dan setelah dinilai untung- ruginya, didapati kesan tindakan disiplin ke atas Isa tidak membahayakan Umno.
Memang dijangka parti pembangkang akan menangguk di air keruh, tetapi tidak banyak ikan yang mereka akan dapat. Beliau nampaknya dikambinghitamkan dan memang beliau terasa sedemikian sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar perniagaan, Reuter . Beliau menafikan berita itu, tetapi belum lagi menyaman Reuter .
Isa mendakwa beliau menang kerusi naib presiden dengan undi terbanyak 1,705 undi kerana populariti beliau. Ke mana sahaja beliau pergi orang senyum dan angkat tangan kepada beliau. Beliau juga mendakwa perwakilan Umno amat 'mesra-Isa' dan apabila bersua, semuanya tunjuk ibu jari ke atas.
Pendek kata, pengaruh beliau di kalangan ahli Umno dan rakyat Malaysia amat besar. Layaklah kalau dikatakan beliau adalah calon Perdana Menteri Malaysia yang berpotensi.
Namun, apabila beliau ke PWTC untuk menjawab tuduhan, beliau hampir keseorangan. Tidak ada penyokong yang berkemah di luar bangunan. Orang Jempol yang telah memenangkan beliau dengan majoriti 15,000 undi, tidak datang berduyun-duyun untuk menyatakan simpati.
Tidak juga orang Teluk Kemang. Jauh sekali orang Negeri Sembilan dari tempat-tempat lain, walaupun beliau pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama hampir 25 tahun. Tidak ada orang berkampung di rumahnya di Nilai Springs ataupun di Kampung Si Rusa, Teluk Kemang.

Malah orang Jempol mahu beliau berundur kerana sudah tidak rela lagi dipimpin oleh seorang yang rasuah. Orang Cina di Bukit Pelanduk yang percaya mereka ditipu oleh Isa dan konco-konconya dalam hal projek ternakan babi di kampung mereka, dikhabarkan amat gembira kerana "tohpekong" mereka akhirnya memakbulkan doa mereka.
Kenduri doa selamat
Khabarnya, selepas rayuan Isa selesai nanti, mereka akan mengadakan pesta bunga api besar-besaran. Peneroka Felda Sendayan pula mungkin buat kenduri doa selamat.
Terbuktilah selama ini beliau perasan mempunyai ramai pengikut dan penyokong. Itulah padahnya apabila pemimpin seronok dengan populariti palsu.
Beli undi? Dari mana dapat duit? Menteri Besar yang baru dikhabarkan pernah merungut: "Tanah kerajaan negeri dah habis. Nak buat projek awam sekarang kena beli tanah swasta."
Rakan karib mengerumuni Isa sewaktu beliau berkuasa di Negeri Sembilan, kini telah menyisihkan beliau. Lebih teruk lagi, hanya beliau seorang dari kalangan pemimpin besar parti yang dikenakan tindakan. Ramai lagi orang besar Umno yang juga ghairah bermain politik wang, tetapi masih bebas berkeliaran.
Tempoh membuat aduan telah ditutup dan skim imuniti saksi juga khabarnya tidak akan diteruskan. Ini memberi gambaran bahawa dari sekian ramai pemimpin yang bermain politik wang, hanya beliau seorang sahajalah yang kena.
Khabarnya, soal "kenapa beliau seorang sahaja yang kena" ini menjadi isu penting dalam hujah rayuan beliau. Ada juga khabar angin bahawa Isa menjadi mangsa "dendam diraja" dan ini, khabarnya, juga dijadikan hujah,
Nampak gaya, memang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi tidak serius dalam memerangi rasuah. Baru satu kes, beliau sudah bercelaru dan gelabah. Tiba-tiba sahaja beliau kata hanya satu kes ini saja yang ada, tidak ada yang lain. Aduan sudah tutup. Lain kali, saksi pun akan dikena tindakan...
Kalau beliau sudah tewas di bawah tekanan dalaman oleh jerung dan buaya dalam parti sendiri, manakan pula beliau mampu berdepan dengan jerung lebih besar dan ganas di luar sana.
Lupakan sejenak isu Isa Samad. Isu yang lebih besar di depan kita ialah isu kenaikan am harga barangan. Gelombang inflasi yang sedang melanda negara lebih besar daripada gelombang Tsunami. Bebannya ditanggung oleh seluruh rakyat, tidak kira kaya mahu pun miskin. Tetapi yang lebih teruk terjejas oleh bahana inflasi, tentunya rakyat miskin.
Kadar inflasi naik
Kuasa membeli daripada pendapatan mereka yang kecil, semakin hari semakin terhakis, menyebabkan kemerosotan mutu hidup yang ketara. Mereka yang berpendapatan di pinggir kemiskinan sudah terjerus ke jurang kemiskinan. Tidak ada siapa yang terperanjat jika mendapati bilangan isirumah miskin di Malaysia melonjak ke paras yang cukup tinggi.
Kerajaan menjangka kadar inflasi hanya 2.5 hingga 3 peratus bagi tahun 2005. Tetapi dalam bulan Mei, kadar ini sudah dilewati. Kadar inflasi dalam bulan Mei ialah 3.1 peratus yang tertinggi dalam tempoh lima tahun.
Seperti yang dijangka, ini adalah kesan daripada kenaikan harga minyak. Minyak adalah bahan penting dalam ekonomi. Hampir seluruh kegiatan ekonomi bergantung kepada minyak. Sukar untuk mengenalpasti kegiatan ekonomi yang tidak menggunakan minyak. Sebab itu, kenaikan harga minyak berpotensi mewujudkan gelombang inflasi, iaitu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam ekonomi.
Kerajaan yang prihatin sudah tentu akan terus memberi subsidi harga minyak kerana ia boleh meredakan tekanan inflasi. Lagi pun kita adalah pengeluar minyak. Apabila harga minyak di pasaran dunia naik, hasil Petronas pun naik. Dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2005, keuntungan Petronas naik sebanyak 55 peratus.
Subsidi RM10 bilion hanya baru 12 peratus daripada keuntungan RM58 bilion. Apabila wang dilambakkan untuk projek Putrajaya, kerajaan tidak berkira. Tetapi untuk legakan beban rakyat, kerajaan amat berkira!
Dulu, ketika negara kita miskin, banyak perkara yang kerajaan tanggung dan diberi kepada rakyat secara percuma. Kini apabila negara kita sudah kaya, tiada apa pun yang kerajaan tanggung dan diberi percuma. Semuanya rakyat kena bayar.
Di Thailand, lebuhraya digunakan secara percuma dan tidak ada tol. Tetapi di negara kita ada tol, cukai jalan, cukai petroleum dan cukai kereta yang tertinggi di dunia. Sebab itulah terjadinya tekanan inflasi. Nilai antarabangsa RM yang lemah menyebabkan barangan import semakin mahal. Ini seperti mencurah minyak pada api inflasi.
Hampir semua kategori barangan dan perkhidmatan yang membentuk indeks harga pengguna naik harga bukti bahawa memang wujud gelombang inflasi. Yang paling teruk terjejas ialah harga barangan makanan. Ini cukup membebankan rakyat. Lihatlah betapa besarnya kenaikan harga barang makanan utama dalam lima bukan pertama tahun 2005 (Sumber: Jabatan Statistik Malaysia ).
Barang keperluan
Lihatlah, tidak ada barang makanan yang tidak naik harga. Harga daging, sumber protein utama, naik mendadak dan belum reda lagi sejak awal tahun. Begitu juga dengan kenaikan harga barang makanan utama.
Ini belum termasuk harga barangan keperluan lain seperti tambang pengangkutan, harga petrol, bayaran tol, harga kereta, harga rumah, harga perubatan dan rawatan kesihatan. Begitu juga dengan peralatan persekolahan seperti pakaian sekolah, buku dan peralatan lain. Semuanya sudah naik harga.
Kadar kenaikan harga barangan makanan penting (peratus setahun) ( lihat rajah )
Namun, rakyat Malaysia nampaknya tidak kisah. Mereka menerimanya dengan rela hati. Rakyat Malaysia nampaknya memang begitu. Mereka tidak memiliki sifat prihatin seperti rakyat Mesir, India, Pakistan, Indonesia, England, Sweden, Amerika dan lain-lain.
Walaupun mereka hidup bergaya tetapi hutang sekeliling pinggang. Bagi seorang yang berpendapatan setakat RM1,000 sebulan dan tinggal di bandar besar, sudah berumahtangga dengan ahli keluarga seramai lima orang, sebenarnya tergolong dalam golongan rakyat miskin. Dan golongan miskin di bandar ini sekarang semakin membesar.
Nampaknya, kita mesti pandai sendiri untuk menguruskan hidup dalam keadaan inflasi sekarang. Potong belanja yang tidak perlu dan belanja untuk keperluan pun mesti dijimatkan sebanyak mungkin lebih banyak makan di rumah dan hanya sekali-sekala makan di luar. Hentikan tabiat merokok untuk menjaga kesihatan.
Selain itu, kurangkan berjalan-jalan. Naiklah kenderaan awam. Kalau boleh, kurang guna jalan bertol. 'Minum', berkunjung ke pusat hiburan malam dan beli nombor ekor jangan sekali. Dalam era penswastaan ini, segala-galanya rakyat sendiri kena tanggung dan bayar. Apa benda yang kerajaan beri percuma? Kondom dan jarum.
Dr ROSLI YAAKOP, adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Beliau adalah lulusan Ijazah Kedoktoran dalam bidang ekonomi dari Universiti Wisconsin.