Jerayawara ‘It Lies Within’ papar peranti baharu Predator dan Nitro
Acer Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Predator Helios 300 dan Acer Nitro 5 dikuasakan oleh pemproses Intel Core Generasi ke-12. Pada jerayawara kali ini, syarikat itu turut melancarkan komputer gaming desktop, monitor gaming dan projektor LED gaming.
“Selepas dua tahun berehat, kami teruja menghidupkan semula jerayawara untuk menunjukkan pemproses terbaharu Intel Core Generasi ke-12 bagi komputer desktop dan komputer riba Acer dan Predator. Kami juga berjaya membawa monitor baharu bersaiz antara 34 hingga 42.5 inci, dan projektor gaming yang membolehkan visual 300 inci pada resolusi 4k atau 240Hz, kadar segar semula laju dalam pengalaman gaming FHD. Pada masa yang sama, kami menawarkan promosi menarik kepada pelanggan serta aktiviti-aktiviti dan pemberian hadiah percuma kepada rakyat Malaysia.

Jualan kilat yang bakal diadakan pada hujung minggu ini, 2 – 3 Julai 2022 akan memaparkan barangan berharga kurang dari RM50 dan serendah RM1,” menurut Johnson Seet, Pengarah Urusan Pengguna, Produk dan Pemasaran, Acer Malaysia.

Predator Helios 300
Diperbaharui dengan pemproses Intel Core i7 Generasi ke-12 dan digabungkan dengan kad grafik NVIDIA GeFroce RTX3080 yang menyokong Maximum Graphics Power (MGP) tinggi sehingga 150W, Predator Helios 300 yang popular itu siap dilengkapi untuk pengalaman gaming yang lebih hebat. Rekaan chassis yang lebih kemas serta bar lampu yang nipis di bawah palm rest melonjakkan estetika komputer riba menjadi dengan lebih kemas.
Dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 80%, Predator Helios 300 mempunyai paparan QHD 15.6 inci yang menyokong gamut warna DCI-P3 100% bertujuan menambah baik mutu permainan. Kadar segar semula 165Hz dan masa tindak balas overdrive 3ms menawarkan visual yang lebih lancar dalam adegan permainan yang bergerak pantas. Dilengkapi dengan SSD sehingga 2TB dan DDR5 sehingga 32GB 4800MHz, ia menawarkan kapasiti lebih besar dan membolehkan tindak balas lebih pantas berbanding edisi terdahulu.
Pembelian disertakan dengan waranti kedai dua tahun dan kerosakan tidak sengaja atau perlindungan kecurian, Predator Helios 300 telah mula dijual pada harga RM7,999 di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada, serta rakan kongsi sah Predator.

Acer Nitro 5
Dengan chassis yang dinaiktaraf, Acer Nitro 5 ada segalanya yang diperlukan gamer untuk meneroka permainan-permainan video baharu. Dikuasakan oleh Intel Core i7 Generasi ke-12 dan NVIDIA GeForce RTX 3070Ti, Acer Nitro 5 dilengkapi dengan 32 GB DDR4 RAM dan 1TB SSD dengan tambahan slot 2.5” SATA, membolehkan gamer menguruskan beberapa aplikasi sekali gus.
Terdapat dua pilihan ditawarkan iaitu paparan IPS 165Hz QHD dan paparan IPS 144Hz FHD yang menyokong 100% DIC-P3 dan gamut warna 45% NTSC. Ia juga hadir dengan sistem penyejukan dwikipas dengan ruang udara daripada bahagian atas dan bawah chassis, serta empat exhaust ports.
Peranti ini akan disertakan bersama waranti tempatan selama 2 tahun dan waranti perjalanan antarabangsa pada tahun pertama. Acer Nitro 5 menawarkan pakej menarik dengan harga runcit bermula RM4,399. Ia tersedia di Acer eStore, stor rasmi Acer di Shopee dan Lazada.
Bagi meraikan pelancaran Predator Helios 300 dan Nitro 5, pelanggan yang membeli komputer riba daripada stor rasmi Acer dan semua rakan kongsi rasmi sebelum 14 Julai layak menerima barangan Acer bernilai sehingga RM833. Pelanggan yang membeli Predator Helios 300 dan Nitro 5 di Jerayawara ‘It Lies Within’ juga akan menerima pulangan tunai sehingga RM150.

Projektor Gaming Predator GD711
Predator GD711 merupakan projektor permainan LED 4K pintar yang boleh digunakan dengan peranti konsol dan PC. Pengguna boleh memilih antara mod standard yang menawarkan resolusi 4K (3840 x 2160) untuk menikmati filem dan video dengan perincian jelas, atau dua mod permainan untuk adegan terang dan gelap yang masing-masing menambahbaik tahap gelap dan tahap kontras. Ia membolehkan pengguna mengoptimumkan tetapan untuk estetika permainan.
Sesuai dengan jenama Predator, GD711 ialah projektor permainan premium yang melancarkan pengalaman permainan, dengan kadar segar semula 240Hz dan 120Hz yang pantas untuk PC dan konsol dalam FHD. 4,000 lumen LE dan HDR10 memastikan pandangan kandungan lebih terang dengan kontras dinamik yang tinggi.
Menyokong unjuran paparan projektor sehingga 300 inci, Predator GD711 boleh memancarkan pelbagai saiz ujuran paparan dengan nisbah 1.22. Acer mencadangkan paparan 100-inci daripada jarak pancaran 2.7m.
Aliran udara meresapkan haba, memanjangkan jangka hayat sehingga 30,000 jam. Tersedia di Acer eStore, stor rasmi Acer di Shopee and Lazada selain rakan kongsi Acer yang sah, Predator GD711 dijual pada harga RM4,999. Pelanggan yang membeli Predator GD711 sebelum 14 Julai 2022 akan layak mendapat diskaun tunai RM300 dan menebus hadiah bernilai sehingga RM199.

Jerayawara ‘It Lies Within’
Acer Malaysia menganjurkan Jerayawara ‘It Lies Within’ di Sunway Pyramid bermula 29 Jun 2022 hingga 3 Julai 2022 dengan aktiviti, hadiah dan promosi yang menarik. Selepas dua tahun berehat, jualan kilat yang paling dinanti-nantikan bakal kembali pada 2 Julai dan 3 Julai 2022 dari 10 pagi hingga 12 tengah hari dengan tetikus dan beg galas terpilih serendah RM1 dan diskaun untuk barangan Acer dan Predator terpilih, pada harga bawah RM50.
Table 1: Harga produk di bawah RM50 dalam Jualan Kilat

Acer Malaysia juga mengadakan promosi besar-besaran bagi meraikan kembalinya Jerayawara Predator. Terdapat promosi menarik termasuklah potongan sebanyak RM400 untuk Aspire 3 (A314- 45-C1E0) pada harga diskaun RM1,299, potongan sebanyak RM700 untuk Acer Aspire Vero dan diskaun sebanyak RM1,600 untuk Predator Triton 500 SE. Acer juga menyediakan hadiah dan ganjaran bernilai lebih RM90,000 untuk dimenangi tanpa perlu membuat pembelian.
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Predator Gaming Malaysia @PredatorGamingMY atau hubungi talian infoline Acer Produk di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emelkan kepada ama.marcom@acer.com.
Kandungan ini disediakan oleh Jireh Consult Sdn Bhd.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di membership@malaysiakini.com atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

