ArRahnukita hadiahkan syiling emas kepada pemenang kempen 100 Emas 100 Pemenang
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) menerusi perniagaan perkhidmatan pajak gadai miliknya, ArRahnukita, telah menyampaikan hadiah berbentuk syiling emas kepada pemenang bertuah yang telah mencagar emas di perkhidmatan pajak gadai berkenaan sempena kempen 100 Emas 100 Pemenang.
Majlis tersebut diadakan di cawangan ArRahnukita, di sini, bagi menghargai pelanggan perkhidmatan pajak gadai tersebut yang telah mencagar emas dengan nilai minimum RM5,000 sepanjang tempoh kempen yang telah berlangsung pada bulan Januari. Kempen 100 Emas 100 Pemenang ini dianjurkan oleh ArRahnukita untuk menggalakkan lebih ramai orang menjadikan emas sebagai bentuk pelaburan yang stabil dan terjamin.
Melalui kempen ini, pelanggan yang mencagar emas dengan nilai minimum tersebut berpeluang memenangi syiling emas atau wafer emas selepas tempoh enam bulan. Senarai pemenang kempen 100 Emas 100 Pemenang ini diumumkan secara bulanan, dan pada majlis tersebut, pemenang bagi bulan Januari telah dijemput untuk menerima hadiah kemenangan mereka.

Antara hadiah yang dibawa pulang oleh peserta termasuklah syiling emas dengan berat antara 0.25 gram hingga 5 gram dan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah kepada pemenang yang hadir pada majlis tersebut. Syiling emas yang diberikan juga bukan sahaja mempunyai nilai material, tetapi juga mewakili penghargaan untuk pelanggan setia ArRahnukita.
Dalam ucapan pembukaannya, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah menyatakan kegembiraannya melihat kejayaan kempen ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang berjaya menjadikan emas sebagai pelaburan bijak untuk masa depan mereka.

"Kami berharap kempen ini dapat menginspirasi lebih ramai orang untuk melabur dalam emas. Emas merupakan salah satu aset yang dapat memberikan perlindungan terhadap ketidakstabilan pasaran. Dengan memilih emas sebagai pelaburan, kita dapat memperkukuhkan kestabilan kewangan dan melindungi nilai harta kita," kata Ahmad Shakir.
Kempen 100 Emas 100 Pemenang ini juga mendapat sambutan hangat daripada pelanggan ArRahnukita dengan ramai daripada mereka mengiktiraf manfaat pelaburan emas dan kestabilan yang diberikannya kepada portfolio kewangan mereka.
Menurut Tuan Haji Shamsudin Haron, Ketua Bahagian Keanggotaan dan Perkhidmatan Kewangan yang bertanggungjawab menerajui perniagaan ArRahnukita, seramai 50 orang pelanggan mencagar emas dengan nilai melebihi RM5,000 pada bulan Januari dan sekaligus layak untuk menyertai kempen 100 Emas 100 Pemenang.
“ArRahnukita mendapat sambutan yang menggalakkan sepanjang tempoh kempen dengan tren pencagar emas yang meningkat secara konsisten. Pada bulan Mei yang lalu, lebih 200 orang telah mencagar emas melebihi nilai minimum dan berurusan dengan kami. Kami berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah menjadikan ArRahnukita sebagai pilihan utama untuk mencagar emas mereka."

ArRahnukita merupakan satu skim pajak gadai emas yang memulakan operasinya pada tahun 2022 dengan cawangan pertama di Medan Niaga Tasik Damai, di sini, kini mempunyai 2 lagi cawangan lain yang terletak di Bangi dan Ampang. Skim pembiayaan Ar-Rahnu ini membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran untuk memperoleh wang tunai. ArRahnukita berpegang kepada Konsep Syariah Tawarruq dan menerima pelanggan dari pelbagai bangsa dan agama.
ArRahnukita menyediakan tempat penyimpanan yang selamat dan terjamin bagi barang kemas, dan mampu memberikan persepsi positif kepada masyarakat serta membantu mengatasi masalah kewangan. Cawangan ArRahnukita menerima pelbagai jenis barang kemas dengan mutu emas 750 hingga 999, yang setara dengan 18 karat hingga 24 karat. Selain itu, ArRahnukita juga menerima barang kemas yang berbentuk permata, rose gold, jongkong emas, dan syiling emas
Margin pembiayaan yang ditawarkan oleh ArRahnukita adalah sehingga 80% dari nilai emas atau sehingga RM300,000 nilai terkumpul.
Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan kadar emas dari ArRahnukita, orang ramai boleh melawat laman web www.arrahnukita.com.my atau mengikuti akaun media sosial @ArRahnukita di Facebook dan Instagram. Pelawat juga boleh menghubungi hotline ArRahnukita di talian +603-90559839 (Sungai Besi), +603-89204518 (Bangi) dan +603-42662696 (Ampang) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ArRahnukita.
Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/07/01f7ac155ab33b0aca657d5454e288a6.png)
