Kuala Lumpur, 8 Ogos 2023 – Pempamer pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (‘GSC’) akan mempersembahkan produksi tempatan, MALBATT: Misi Bakara sebagai filem Malaysia pertama yang ditayangkan di layar IMAX di pawagam-pawagam terpilih seluruh negara.

Memberikan pengalaman sinematik yang tiada tandingan kepada penonton filem, MALBATT: Misi Bakara telah dikuasai semula secara digital dengan kualiti imej dan bunyi The IMAX Experience® menggunakan proses proprietari IMAX DMR® (Digital Re-mastering), lengkap dengan imej yang sangat jelas daripada geometri panggung tersuai IMAX dan audio digital yang berkuasa.

Berdasarkan kepada peristiwa sejarah sebenar Pertempuran Mogadishu di Somalia, MALBATT: Misi Bakara mengisahkan tentang bakti serta pengorbanan wira negara yang tidak didendangkan, Batalion Malaysia yang telah berjuang dengan penuh keberanian hingga berjaya menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap dalam serangan nahas helikopter Black Hawk (Black Hawk Down).

“GSC memainkan peranan penting dalam memacu industri perfileman negara menerusi pelaburan dalam produksi filem tempatan dan memberikan pengalaman sinematik yang dipertingkatkan kepada peminat filem menerusi USP unik kami, termasuk IMAX. Penayangan MALBATT: Misi Bakara sebagai filem produksi tempatan pertama yang dikuasai semula secara digital ke dalam format IMAX adalah satu pencapaian penting bagi GSC, dan membuktikan komitmen kami dalam usaha memartabatkan landskap filem tempatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee.

MALBATT: Misi Bakara adalah sebuah filem padat dengan aksi perang dan adegan pantas yang wajib ditonton di IMAX. Filem ini menawarkan pengalaman sinematik yang lebih hebat dan mengasyikkan kepada para penonton. Dengan membawa filem aksi ke satu tahap yang lebih tinggi, kualiti audio and visual unggul yang dimiliki IMAX mempersembahankan landskap kemusnaha nakibat dari peperangan dengan sangat jelas, lantas membangkitkan semangat dan emosi yang kuat saat menonton di layar perak.

"Tayangan MALBATT: Misi Bakara yang telah dikuasai semula secara digital dalam IMAX adalah impian yang menjadi kenyataan di layar perak. Ia merupakan satu pencapaian baharu bagi filem tempatan, dan saya gembira kerana penonton dapat menyaksikan filem ini dalam format terbaik yang dapat kami sediakan," kata Pengarah MALBATT: Misi Bakara, Adrian Teh.

Tayangan awal eksklusif MALBATT: Misi Bakara akan ditayangkan di panggung IMAX pada 18 Ogos, manakala semua format filem yang lain akan ditayangkan di seluruh negara pada 24 Ogos.


Kandungan ini disediakan oleh GSC