Kuala Lumpur, 6 Oktober 2023 – Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) – melalui cabang tanggungjawab sosial korporatnya, Allianz4Good – menyokong Malaysia International Search and Rescue (MISAR) untuk Program Kemandirian Banjir Orang Awam baru-baru ini.

Latihan yang memanfaatkan 252 peserta berusia 15 hingga 55 tahun itu dianjurkan di ibu pejabat MISAR di Jalan Kampung Pandan.

Modul-modul dalam program itu antara lainnya termasuk Terapung Untuk Bertahan - Belajar Untuk Tidak Lemas, Penggunaan Selimut Hipotermia, Menambah Baik Peranti Terapung Untuk Bayi & Kanak-kanak, Mengangkut Orang Yang Cedera & Warga Emas Dalam Banjir, dan Pengendalian Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam Kecemasan Banjir.

Ketua Allianz4Good, Ng Siew Gek berkata, “Ini adalah tahun kedua kami menyokong program kemandirian banjir oleh MISAR supaya lebih ramai rakyat Malaysia diperkasakan dengan pengetahuan dan kemahiran kelangsungan banjir memandangkan banjir semakin kerap berlaku di negara ini.”

Tahun lepas, Allianz Malaysia bekerjasama dengan MISAR untuk dua program latihan kemandirian banjir.

Latihan Kemandirian Banjir 1.0 yang pertama telah diadakan untuk orang ramai, termasuk pengajaran tentang cara melarikan diri dari kereta yang tenggelam, menyelamat haiwan peliharaan dan pengendalian OKU dalam kecemasan banjir antara lain.

Kedua, Latihan Kemandirian Banjir 2.0 telah dijalankan untuk ahli Allianz We Care Community dan kakitangan Allianz Malaysia. Aktiviti antara lainnya termasuk beg melarikan diri kecemasan dan kalis air, penggunaan selimut hipotermia, dan isyarat SOS semasa banjir.

Pengasas MISAR, Kapten K. Balasupramaniam berkata, “Program ini melengkapkan semua orang awam terutamanya generasi muda dan warga emas, dan memperkasakan rakyat Malaysia dengan kemahiran yang betul untuk bersedia menghadapi situasi kecemasan seperti banjir.”

Sementara itu, Allianz Malaysia dan MISAR menganjurkan Junior Safety Workshop pada Ogos 2023 untuk menyediakan kira-kira 201 kanak-kanak dengan pengetahuan asas tentang keselamatan kebakaran, keselamatan jalan raya, serta prosedur kecemasan seperti resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan permohonan pertolongan cemas.


Artikel ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad