Lalamove Melancarkan Race To Raya Bonanza Untuk Rakan Pemandu Meningkatkan Pendapatan Hari Raya Mereka
KUALA LUMPUR - Lalamove, sebuah platform penghantaran on-demand, berbangga untuk mempersembahkan Lalamove Race To Raya Bonanza sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
Peraduan menarik ini merupakan edisi keempat dalam siri Driver Bonanza yang ditawarkan kepada individu dari Lembah Klang, Melaka, Johor dan Pulau Pinang yang berminat untuk mendaftar sebagai rakan pemandu pikap 4x4, van atau lori.
Edisi kali ini menawarkan hadiah utama lumayan iaitu wang tunai bernilai sehingga RM12,000 kepada 12 pemenang yang layak.
Peraduan ini terbuka kepada individu yang berminat untuk mendaftar sebagai rakan pemandu dan berjaya untuk melengkapkan jumlah pesanan tertinggi dari 8 Mac 2024 hingga 8 April 2024.
Menurut Jane Teh, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, peraduan ini bertujuan untuk membantu rakan pemandu menjana lebih pendapatan sempena sambutan Hari Raya.
Pada musim perayaan, lebih ramai perniagaan tempatan dan individu yang akan berbelanja lebih untuk kelengkapan bulan puasa dan Hari Raya.
Ini bermakna bulan Ramadan ini adalah masa terbaik untuk menjadi rakan pemandu Lalamove kerana pesanan penghantaran akan masuk dengan lebih banyak, sekaligus memberi peluang kepada rakan pemandu untuk menjana pendapatan sampingan yang tinggi.
“Di Lalamove, kami percaya bahawa peraduan Race To Raya Bonanza dapat membantu rakan pemandu untuk menambah pendapatan mereka sempena sambutan Hari Raya, terutama sekali dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.”
“Kami berharap peraduan ini dapat memberi peluang kepada individu di luar sana yang ingin mencari rezeki lebih pada bila-bila masa mereka mahukan,” tambah beliau.

Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan memiliki Pikap 4x4, Van atau Lori dan lesen memandu yang sah dijemput untuk menyertai Lalamove Race To Raya Bonanza sebagai rakan pemandu.
Selain daripada waktu kerja fleksibel dan peluang menjana pendapatan, Lalamove juga menawarkan pelbagai insentif, ganjaran eksklusif dan insurans kemalangan peribadi percuma kepada semua rakan pemandu.
Untuk maklumat lanjut tentang Lalamove Race To Raya Bonanza, sila layari laman https://www.lalamove.com/ms-my/driver/raya-driver-bonanza-mac-2024
Artikel ini disediakan oleh Lalamove
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/03/4c4fd03d0dc97e17336a55b8866a0e59.png)
