Hospital Pakar Damansara (DSH) lancar Unit Penjagaan Harian Onkologi baharu sempena Pink Oktober 2025
PETALING JAYA, 6 Oktober 2025 – Hospital Pakar Damansara ("DSH"), di bawah kumpulan KPJ Healthcare, melancarkan Unit Penjagaan Harian Onkologi (“ODCU”) yang telah dinaik taraf, sempena Pink October 2025. Majlis pelancaran yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, menandakan satu langkah maju dalam usaha berterusan oleh DSH untuk memperkukuh penjagaan pesakit kanser serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal.

Berlandaskan prinsip Care for Life, DSH kekal komited untuk menyediakan persekitaran yang menyokong pesakit yang menjalani rawatan kanser serta keluarga mereka. Ditubuhkan pada 1997, unit ini telah lama berkhidmat sebagai pusat kemoterapi pesakit luar dan pengurusan kanser yang dipercayai.
ODCU menyediakan pelbagai terapi komprehensif, termasuk kemoterapi dan rawatan sasaran seperti terapi hormon, perencat angiogenesis, imunoterapi dan antibodi monoklonal. Ia juga menyediakan ubat penguat tulang untuk pesakit dengan metastasis tulang, selain penjagaan paliatif dan sokongan penjagaan yang fokus kepada pengurusan simptom dan kualiti hidup.

Fasiliti yang dinaik taraf kini menampilkan suasana yang lebih segar dan menenangkan dengan rekaan dalaman yang diperbaharui serta bilik rawatan khas untuk prosedur kecil. Penambahbaikan ini mencerminkan komitmen DSH dalam memastikan keselesaan, privasi dan penjagaan holistik pesakit.
Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan, berkata, "Unit Penjagaan Harian Onkologi yang dinaik taraf ini mencerminkan kepercayaan kami bahawa penjagaan kanser yang cemerlang melangkaui rawatan perubatan. Ia adalah mengenai menyediakan setiap pesakit dengan penjagaan yang prihatin, hormat dan meyakinkan. Di DSH, kami terus meningkatkan perkhidmatan dan kerjasama kami agar lebih ramai orang dapat menjalani saringan dan rawatan tepat pada masanya di dalam persekitaran di mana mereka berasa selamat dan disokong."
Menurut Profesor Madya Dr Aminudin Rahman Mohd Mydin, Ketua Jabatan Onkologi di DSH, walaupun kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah dirawat, ramai pesakit masih didiagnosis pada peringkat lewat.
“Kami melihat lebih ramai wanita muda didiagnosis, termasukla ketika mereka sedang hamil. Ramai pesakit masih dikesan pada peringkat lanjut, walaupun kanser payudara adalah antara yang paling mudah dikenal pasti melalui saringan. Apabila dikesan awal, kadar kelangsungan hidup adalah tinggi, namun apabila ia merebak, rawatan menjadi lebih rumit, mahal dan memberi kesan besar kepada kehidupan pesakit,” jelasnya.
Dr Aminudin menambah, "Kesedaran mesti membawa kepada tindakan. Saringan perlu mudah dan dapat diakses oleh semua wanita. Di DSH, pasukan pelbagai disiplin kami yang terdiri daripada doktor, jururawat dan kakitangan sokongan bekerjasama rapat untuk memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang penuh empati dan memperkasakan mereka. Dengan penambahbaikan ODCU ini, kami berhasrat untuk menyediakan suasana penyembuhan di mana pesakit dan keluarga dapat mencari kekuatan serta harapan bersama-sama.”

Majlis pelancaran turut menghimpunkan pesakit, bekas pesakit, pakar penjagaan kesihatan dan rakan komuniti bagi melambangkan mesej perpaduan serta harapan. Badan bukan kerajaan seperti Persatuan Kanser KanWork (KanWork), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) turut mengambil bahagian dengan membuka reruai pendidikan dan saringan kesihatan bagi menggalakkan wanita untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan mereka.
Kanser payudara kekal sebagai kanser paling kerap menyerang wanita Malaysia, merangkumi hampir satu pertiga daripada keseluruhan kes kanser. Walaupun tahap kesedaran meningkat, ramai masih didiagnosis pada peringkat lewat apabila rawatan menjadi lebih mencabar. DSH terus memainkan peranannya dengan memperluas akses kepada saringan awal, kepakaran pelbagai disiplin dan inisiatif pendidikan pesakit yang menggalakkan pengesanan awal.
Unit Penjagaan Harian Onkologi kini terus menawarkan perkhidmatan kepada lebih ramai pesakit setiap tahun, dan ia mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap kumpulan pakar onkologi, jururawat dan pakar kesihatan penjagaan di DSH yang membimbing pesakit sepanjang perjalanan pemulihan mereka dengan penuh profesionalisme dan belas kasihan.
Penambahbaikan ODCU ini melambangkan perjalanan berterusan DSH dalam mempertingkat penjagaan berpusatkan pesakit, di samping menyokong usaha menyeluruh KPJ Health System dalam mengintegrasikan aspek klinikal, pendidikan dan penyelidikan untuk memperbaiki hasil rawatan pesakit.
Untuk maklumat lanjut atau berunding dengan pakar kami, sila hubungi +603-7718 1000 atau layari kpjhealth.com.my/Damansara.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/10/d604a9e737165a2e93c38e565ab2c02f.png)
