Focus Point raikan Hari Penglihatan Sedunia 2025
Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd (Focus Point), rangkaian optik terbesar di Malaysia, secara rasmi melancarkan kempen Hari Penglihatan Sedunia di Mid Valley Megamall. Bertemakan “Sayangi Mata Anda, Setiap Kisah Bermakna”, kempen ini menekankan kepentingan kesihatan mata dan memperingatkan orang ramai bahawa setiap pengalaman penjagaan penglihatan individu adalah bermakna dan wajar mendapat perhatian.
Turut hadir juga di majlis pelancaran ini, Dato’ Sri Suriani, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia bersama pakar industri, rakan kongsi bersama ahli komuniti untuk mengetengahkan tentang kepentingan kesihatan mata serta meningkatkan kesedaran tentang miopia dan cacat penglihatan.

Pada Khamis minggu kedua bulan Oktober, seluruh dunia menyambut Hari Penglihatan Sedunia dan menyeru setiap komuniti untuk mengutamakan kesihatan mata. Pada tahun ini, Focus Point memberi tumpuan pada kisah sebenar kanak – kanak, keluarga dan komuniti yang kehidupanya telah berubah melalui penglihatan yang lebih jelas.
“Penjagaan penglihatan bukan sekadar cermin mata atau saringan kesihatan. Ia merupakan perubahan hidup seseorang apabila mula melihat dengan jelas. Di sebalik setiap statistik, terdapat seorang insan dan setiap kisah mereka bermakna” kata Dato Liaw, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point, semasa hari pelancaran.

Sehingga September 2025, Focus Point telah melakukan hampir 30,000 saringan kesihatan mata di seluruh negara, melibatkan pekerja, komuniti setempat dan pelajar sekolah. Untuk pertama kalinya, program ini dilaksanakan menjangkaui Lembah Klang ke Melaka, Pulau Pinang, dan Sabah. Di Semporna, Focus Point bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Konan Universiti of Japan untuk melakukan saringan kesihatan mata kepada 170 penduduk kampung, di mana ramai yang menerima cermin mata buat pertama kali.
Kanak – kanak sentiasa menjadi keutamaan. Melalui Focus4Sight School Vision Project, lebih 3,000 pelajar di 31 buah sekolah telah menjalani saringan kesihatan mata, dengan hampir 1,000 cermin mata telah ditaja untuk kanak – kanak dari keluarga golongan B40.
Rakan kongsi kekal menjadi teras kepada impak Focus Point. Antara pencapaian utama:
• Bekerjasama dengan Persatuan Kasih Sejati, dengan komitmen menaja 200 pasang cermin mata kepada penerima bantuan.
• Menyokong Lions Club KL North, membantu 96 pelajar menerima cermin mata berpreskripsi.
• Melatih 20 guru sebagai “Vision Guardians” bersama Rotary Club of USJ, membolehkan prapenyaringan dibuat hampir kepada 500 pelajar di Pulau Pinang.
• Mengiktiraf jasa para pendidik melalui Teachers’ Privilege Card, dengan lebih daripada 500 guru telah mendaftar.
Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2025, Focus Point menganjurkan jelajah selama seminggu (6 – 12 Oktober) di Mid Valley Megamall dengan kerjasama ZEISS Group, menawarkan saringan mata menyeluruh secara percuma. Menggunakan peralatan diagnostik canggih, saringan ini membolehkan pengesanan awal bagi pelbagai kondisi seperti katarak, glaukoma, penyakit retina, dan lain-lain. Optometris bertauliah juga turut menyediakan konsultasi peribadi sebagai sebahagian daripada kempen Focus Point’s 360° Advanced Primary Eye Care.
Jelajah ini turut menampilkan:
• Taklimat umum dengan kerjasama Malaysia Advocacy for Myopia Prevention (MAMP), yang mengutamakan pencegahan miopia dalam kalangan kanak – kanak.
• Program derma cermin mata terpakai untuk memupuk amalan kitar semula dan meningkatkan aksesibiliti.
• Ruang pameran ExcelView Eye Specialist Centre yang menawarkan pemeriksaan glaukoma, katarak dan LASIK secara percuma oleh pakar.
• Ruang pameran kanta sentuh di mana masyarakat boleh mempelajari cara pemakaian kanta sentuh yang selamat dan bersih, serta tips penjagaan mata bagi pengguna kanta sentuh.
Selaras dengan keyakinan bahawa kesihatan mata merupakan sebahagian daripada naratif yang lebih luas melibatkan keterangkuman dan pembangunan lestari, Focus Point mengumumkan sokongannya terhadap Amazing Charity Hunt for Sight 2025 yang akan berlangsung pada 12 Oktober, anjuran Dialogue Includes All. Selain tajaan dalam bentuk kewangan, seramai 10 pekerja dari ibu pejabat akan turut serta menyertai acara ini. “Kami mahu kakitangan kami terlibat secara langsung dengan komuniti, mendalami cabaran yang dihadapi oleh golongan cacat penglihatan, dan kembali sebagai advokat yang lebih bersemangat dalam memperjuangkan kesihatan mata,” tambah Ketua Pegawai Eksekutif.

Focus Point turut mengukuhkan komitmennya terhadap kelestarian sebagai tanda kepada United Nations Global Compact, dengan mengamalkan prinsip tanggungjawab merentasi operasi dan rantaian bekalan syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif mengakhiri ucapan dengan memberi penghormatan kepada lebih 250 Pakar Penjagaan Mata Focus Point di seluruh negara, yang disifatkan sebagai “pemangkin sebenar yang membimbing kanak-kanak, ibu bapa, dan warga emas ke arah penglihatan yang lebih jelas.” “Di sebalik setiap pasang cermin mata, ada sebuah kisah. Setiap kisah itu penting. Setiap mata itu berharga. Setiap manusia layak untuk melihat dengan jelas,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif.
Jelajah Hari Penglihatan Dunia Focus Point berlangsung dari 6 hingga 12 Oktober 2025 di Centre Court, Ground Floor, Mid Valley Megamall. Para pengunjung berpeluang menikmati saringan mata menyeluruh secara percuma, menyertai aktiviti menarik dan aktiviti berunsur pendidikan untuk kanak-kanak, kunjungi ruang pameran kanta sentuh untuk mempelajari cara pemakaian kanta yang selamat dan sihat, serta meneroka zon interaktif yang mengetengahkan pelbagai aspek kesihatan mata.
Sebagai acara istimewa, pada Ahad, 12 Oktober 2025, Focus Point akan bekerjasama dengan delegasi Miss Tourism Queen of the Year International untuk mengetengahkan isu dan fakta berkaitan kesihatan mata dari pelbagai benua. Para delegasi turut akan berkongsi kisah peribadi mereka yang berkaitan dengan kesihatan mata, memberi peluang kepada orang ramai untuk mendengar pengalaman sebenar dari pelbagai pelosok dunia.
Pada hari yang sama, satu Sesi Panel Perbincangan yang menampilkan wakil dari Focus Point dan pakar penjagaan mata turut akan diadakan. Sesi ini akan membincangkan topik berkaitan miopia, penjagaan penglihatan, serta kepentingan pencegahan awal dalam kesihatan mata. Sesi ini terbuka kepada orang ramai dan merupakan peluang istimewa untuk belajar secara langsung daripada pakar serta menyertai perbincangan bermakna mengenai usaha melindungi penglihatan untuk masa depan.

Memandangan kesihatan mata kanak – kanak semakin membimbangkan dunia, Focus Point kekal komited untuk menjadi sebahagian dari penyelesaian. Melalui usaha kesedaran yang berterusan, bimbingan dari pakar, dan perkhidmatan yang mudah diakses, Focus Point berusaha untuk mengurangkan beban ibu bapa sambil memastikan setiap kanak-kanak berpeluang untuk melihat dengan jelas, belajar dengan lebih baik, dan bercita – cita lebih besar. Dari 6 Oktober 2025 sehingga 28 Februari 2026, Focus Point menyokong kempen “My First MyoCare Lens” yang diperkenalkan oleh ZEISS, satu inisiatif yang menjadikan pencegahan miopia lebih mudah diakses untuk seisi keluarga, serta membantu ibu bapa mengambil langkah awal dalam melindungi penglihatan anak-anak.
Untuk makluman lebih lanjut mengenai Focus Point dan aktiviti Hari Penglihatan Sedunia, layari: www.focus-point.com.my atau Focus Point di Facebook.
Kandungan ini disediakan oleh Focus Point
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/10/b7c0dace8824426089c71e45d6463e2c.png)
