KPJ Healthcare anjur 2nd Eye KPJ Eye Conference 2025 untuk majukan kecemerlangan pembedahan katarak dan refraktif
KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”), berjaya menganjurkan persidangan 2nd KPJ Eye Conference 2025 di hotel DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur selama dua hari yang menghimpunkan lebih 300 pakar oftalmologi dan pakar penjagaan mata daripada sektor swasta, kerajaan dan akademia untuk sesi bertukar pandangan praktikal dalam pembedahan katarak dan refraktif.

Dirasmikan oleh Prof. Emeritus Dato' Dr Lokman Saim, Ketua Pengarah Perubatan KPJ Healthcare, persidangan itu diadakan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ("UIAM") dan Persatuan Pembedahan Katarak dan Refraktif Malaysia ("MSCRS"), dengan KPJ Healthcare University ("KPJU") sebagai rakan akademik.
Bertemakan “Cataract & Refractive Surgery: Sharpening Our Vision for the Future”, program ini menampilkan 14 sesi perbincangan saintifik dan 33 penceramah termasuk Prof. Madya (C) Dr Norzalina Bachik, Pengarah Perubatan KPJ Centre for Sight dan Ketua Kepakaran Oftalmologi di KPJ Healthcare; Prof Dato’ Dr Khairidzan Mohd Kamal, Presiden MSCRS dan Pengarah Kornea, Penyakit Luaran dan Pembedahan Refraktif di UIAM; serta Dr Helen Tan, Pakar Bedah Katarak dan LASIK di KPJ Centre for Sight. Topik-topik yang dibincangkan meliputi perkembangan terkini dalam kanta intraokular (IOL) premium, kemajuan dalam teknik pembedahan, perancangan pembedahan berasaskan AI, strategi pembetulan presbiopia dan hasil rawatan sebenar.

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata,"Penglihatan yang baik menyokong kebolehan untuk berdikari dan kualiti hidup. Apabila pilihan rawatan yang tersedia semakin bertambah, golongan pakar perlu membina pengalaman praktikal untuk membantu pesakit dalam membuat keputusan. Persidangan ini menghimpunkan pakar untuk berkongsi pendapat mengenai kaedah yang berkesan dalam amalan perubatan mereka, dengan sokongan data klinikal dan perkongsian pandangan. Melalui kerjasama berterusan dengan rakan kongsi di seluruh ekosistem penjagaan mata, kami akan terus memperkukuh keupayaan demi manfaat pesakit, sejajar dengan aspirasi Care for Life kami.”
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada KPJ Health System, sebuah pendekatan menyeluruh yang mengintegrasikan perkhidmatan klinikal, pendidikan dan penyelidikan bagi memperluaskan keupayaan subkepakaran serta mengukuhkan kualiti penjagaan pesakit di rangkaian hospital KPJ di seluruh negara. Melalui kerjasama akademik dan peluang peningkatan kemahiran yang diterajui dengan kerjasama KPJU, program ini menyokong pembelajaran berterusan dan kemajuan klinikal bersama. Pendekatan ini turut disokong oleh inovasi serta teknologi digital yang membantu pesakit dalam membuat keputusan klinikal.

Bagi mengekalkan momentum ini, persidangan KPJ Eye Conference akan kembali untuk penganjuran ketiga pada 21 and 22 November 2026 sekaligus mengukuhkan komitmen Kumpulan dalam memajukan penjagaan katarak dan refraktif.
Untuk maklumat lanjut mengenai KPJ Healthcare, sila layari https://kpjhealth.com.my/.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ healthcare
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/11/efdbac18efc1fa1c441322b35739181c.jpg)
