Sidang kemuncak belia ASEAN 2025: Peluang belia membentuk masa depan
Merentas rantau ASEAN, generasi muda semakin menerajui perbincangan penting daripada pembangunan komuniti, ketahanan iklim sehinggalah perubahan digital yang membentuk kehidupan seharian. Disember ini, suara-suara in akan berkumpul di Monash University Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Belia ASEAN 2025.
Dianjurkan oleh KiniEvents dan Malaysian Institute for Development of Professionals (MIDP), dengan kerjasama Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia serta disokong oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE), sidang kemuncak ini menyediakan ruang untuk golongan belia terlibat secara bermakna dalam isu-isu yang membentuk komuniti dan masa depan.
Dengan tema “Next-Gen Disruptors: Driving Inclusivity & Sustainability in the Digital Age”, sidang kemuncak tahun ini menzahirkan keyakinan generasi yang bersedia melakukan perkara dengan cara berbeza, selari dengan tuntutan masa kini.
Perbincangan sidang kemuncak ini akan diperkukuh oleh Rakan Topik termasuk:
CelcomDigi, yang juga berperanan sebagai Rakan Telekomunikasi Eksklusif.
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Malaysian Timber Certification Council (MTCC)
Sidang kemuncak ini juga menjemput Monash University Malaysia sebagai Rakan Akademik, yang akan menganjurkan dan menyokong program ini.
Setiap rakan kerjasama ini membawa perspektif dan kepakaran tersendiri ke dalam perbincangan hari tersebut.
Ruang untuk idea yang bermakna
Persidangan ini menghimpunkan pemimpin muda, inovator sosial, usahawan syarikat pemula, pencipta, penggemar dasar, dan pelajar. Meskipun datang daripada latar yang berbeza, mereka berkongsi matlamat sama iaitu menjadikan ASEAN lebih adil, lebih lestari dan lebih bersedia menghadapi masa depan.
Program ini membawa peserta melalui fasa inspirasi, refleksi dan tindakan, sambil memberi ruang kepada mereka untuk menyoal, mencabar dan membayangkan semula idea tanpa terikat kepada hierarki biasa.
Aturcara sidang kemuncak
Forum Pengasas (10:30 a.m. – 12.30 p.m.):
Dimulakan dengan sesi bersama pengasas muda yang membangunkan inisiatif dalam bidang kelestarian, pembinaan komuniti, teknologi dan impak sosial, sesi ini menekankan pendekatan praktikal, memberi tumpuan kepada pengalaman sebenar dalam membangunkan projek dari peringkat asas.
Persidangan Interaktif (2:00 p.m. – 4:00 p.m.):
Sesi ini menjadi inti persidangan, di mana peserta berinteraksi secara langsung dengan pakar, pemimpin, dan rakan topik untuk meneroka tema-tema utama melalui perbincangan terbuka dan pemikiran kolaboratif. Persidangan ini memberi fokus kepada empat bidang utama termasuk:
Tenaga boleh diperbaharui
Kelestarian perhutanan
Teknologi dan inovasi
Keselamatan dan kesihatan
Sesi ini direka khas sebagai ruang telus dan dinamik, membolehkan idea berkembang dengan cepat serta memberi ruang bagi peserta memperoleh pandangan yang bernilai untuk diterokai.
Debat Parlimen Belia (4:30 p.m. – 6:30 p.m.):
Debat utama sidang kemuncak ini menampilkan peserta muda yang membentangkan idea-idea segar dan pantas berfikir. Ruang terbuka ini memberi peluang kepada mereka mencabar pandangan rakan sejawat serta membincangkan isu-isu semasa yang menjadi tumpuan, menjadikan perbincangan lebih hidup dan berkesan.
Majlis anugerah (7:00 p.m. – 9:30 p.m.):
Majlis pengiktirafan peserta cemerlang diikuti sesi jaringan terakhir.
Majlis diakhiri dengan Sesi Anugerah yang mengiktiraf peserta cemerlang, merangkumi ucapan rasmi, penyampaian anugerah, dan sesi jaringan bagi membolehkan peserta berinteraksi secara profesional.
Peluang untuk belia pemacu perubahan
Bagi belia berumur 18 hingga 35 tahun yang ingin menyertai perbincangan serantau mengenai masa depan, inilah peluang untuk anda bersuara dan memberi impak.
Permohonan bagi penceramah dan delegasi belia dibuka sehingga 24 November 2025.
Sertai segera: Daftar sekarang
Sertai generasi muda serantau dan jadikan suara anda sebahagian daripada perbincangan yang akan membentuk hala tuju ASEAN pada masa hadapan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/11/9544f0acbd14123685b39b4893769d5f.png)
