Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2025 terus memperkukuh perbincangan nasional berkaitan penjagaan kesihatan yang inklusif, mampan dan bersedia untuk masa hadapan, dengan menghimpunkan pemimpin dan pakar kesihatan bagi menangani cabaran sistem yang kian berkembang

Dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad, persidangan selama tiga hari ini memberi tumpuan kepada Kesihatan Awam, Kelestarian dan Penyakit Tidak Berjangkit, sekali gus menegaskan kepentingan pendekatan praktikal serta menyeluruh bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan.

[DEPAN, DUA DARI KANAN] YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia telah melawat reruai Universiti KPJ Healthcare awal hari ini dan diiringi oleh [DEPAN, KANAN] YBhg. Dato’ Mohamad Farid bin Salim, Ketua Pegawai Operasi (Operasi Hospital) KPJ Healthcare Berhad.

Selain sesi pembentangan oleh barisan penceramah jemputan yang berlangsung serentak di tiga buah dewan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KPJ turut menganjurkan program sampingan bersama rakan strategiknya. Pada hari pertama, KPJ memperkukuh inisiatif tenaga solar atas bumbung melalui pertukaran Surat Tawaran Fasa 2 bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan anak syarikatnya, GSPARX Sdn. Bhd. Pencapaian ini menandakan peluasan berterusan pemasangan solar atas bumbung di hospital-hospital KPJ, menyokong sasaran penyahkarbonan jangka panjang Kumpulan serta menyumbang kepada agenda kelestarian yang turut diketengahkan di MIH.

Selain itu, pelancaran Buku Poket Kesihatan Bahasa Isyarat Malaysia hasil kolaborasi antara KPJ Healthcare dan Persatuan Orang Pekak Malaysia turut merupakan antara sorotan penting di MIH Megatrends 2025. Buku panduan tersebut menyokong komunikasi yang lebih jelas antara petugas kesihatan dan komuniti Pekak, selain mencerminkan komitmen berterusan untuk meningkatkan aksesibiliti dan keselamatan pesakit dalam persekitaran penjagaan kesihatan.

[TENGAH] YB Datuk Seri Haji Dr Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia diiringi oleh [KIRI] Tan Sri Dato’ Sri Dr Ismail bin Haji Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare Berhad dan [KANAN] Encik Chin Keat Chyuan, Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad semasa pelancaran Buku Poket Kesihatan Bahasa Isyarat Malaysia semalam.

Hari kedua MIH Megatrends 2025 turut menampilkan sesi perbincangan dan perkongsian oleh pakar yang diiktiraf, antaranya Dr Naseem Ghazali, Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial dari NHS United Kingdom, serta Prof Hoon Sang Lee, Ketua Pegawai Strategi Pelaburan Penyelidikan di Global Health Technology Foundation. Topik perbincangan merangkumi penerapan AI dalam amalan klinikal, pendigitalan hospital dan model penjagaan sedia masa hadapan, dengan para penceramah berkongsi pandangan bagi memperkukuh ekosistem kesihatan Malaysia.

Juara KRAFT Challenge 2025 - Kategori: Universiti: MINI VIGO (KPJ Pahang Specialist Hospital).

Pada hari yang sama, turut berlangsung Pusingan Akhir KRAFT Challenge 2025, sebuah inisiatif di bawah KPJ Health System. Kategori Terbuka dimenangi oleh KPJ Pahang Specialist Hospital menerusi projek “Mini Vigo” yang meningkatkan kecekapan kiraan instrumen pembedahan bagi menambah baik keselamatan pesakit. Manakala Kategori Universiti dimenangi oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui projek “HomeHaven RX”, sistem pengurusan ubat yang menyokong preskripsi lebih selamat serta kesinambungan penjagaan. Pertandingan ini menonjolkan peranan inovasi dan pembangunan bakat dalam membentuk penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap.

Juara KRAFT Challenge 2025 - Kategori: Universiti: Homehaven RX (Universiti Teknologi MARA)

Program MIH Live+ pula terus memperluas jangkauan persidangan melalui wawancara digital bersama penceramah terpilih dan pempengaruh bidang Kesihatan dan akademik seperti Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin; Naib Canselor KPJ Healthcare University, Dr Fauziah Hasan; Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Ampang Puteri Specialist Hospital serta Dr Shirley Koeh; Doktor Perubatan Functional yan berkongsi tentang topik trend klinikal dan amalan kesihatan terkini.

[KIRI] Dr Shirley Koeh, Doktor Perubatan dan Pengasas Emagene Life semasa sesi temu bual beliau di MIH Live+.

Persidangan ini diteruskan esok dengan sesi bersama pakar-pakar jemputan serta program libat urus bersama orang awam.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ healthcare

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my