KPJ Healthcare lancar kempen ‘Stay Healthy Together’, galakkan pemeriksaan kesihatan berkala di seluruh negara
KUALA LUMPUR, 1 Disember 2025 - KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) telah melancarkan kempen hujung tahun bertemakan Stay Healthy Together, memperkenalkan Pakej Pemeriksaan Kesihatan Komprehensif Pay 1 For 2. Kempen ini berlangsung sehingga 31 Disember 2025 dan ditawarkan di semua 30 Hospital Pakar KPJ di seluruh Malaysia.
Inisiatif ini menyokong fokus negara terhadap pencegahan dalam penjagaan kesihatan dengan menggalakkan individu mengambil langkah proaktif bagi memantau tahap kesihatan mereka. Menerusi tawaran Pay 1 For 2, pelanggan yang membeli satu Pakej Pemeriksaan Kesihatan Komprehensif akan menerima satu lagi pakej secara percuma. Pakej percuma ini boleh dikongsi bersama rakan atau ahli keluarga, sekaligus memupuk tanggungjawab bersama dalam menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.
Pemeriksaan kesihatan merupakan antara kaedah paling berkesan untuk mengenal pasti risiko kesihatan pada peringkat awal. Penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi boleh diurus dengan lebih baik melalui pengesanan awal dan nasihat pakar perubatan yang tepat pada masanya. Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan KPJ Healthcare dalam menjadikan penjagaan pencegahan sebahagian daripada amalan penjagaan kesihatan harian, serta memastikan pemeriksaan kesihatan kekal mudah diakses dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.
Menerusi rangkaian hospitalnya di seluruh negara, KPJ Healthcare terus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal dan pemantauan kesihatan secara berkala. Setiap pemeriksaan dijalankan menggunakan kemudahan diagnostik moden serta dikendalikan oleh pakar perubatan berpengalaman bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan keputusan.
Berpandukan matlamat Care for Life dan perjalanan transformasi di bawah KPJ Health System, KPJ Healthcare terus memperkukuh akses kepada penjagaan berkualiti serta meningkatkan hasil kesihatan pesakit di seluruh Malaysia. Dengan perkhidmatan pemeriksaan komprehensif yang tersedia di hospital-hospital strategik di seluruh negara, mengekalkan kesihatan kini menjadi lebih mudah untuk semua rakyat Malaysia.
Temujanji boleh dibuat melalui WhatsApp atau secara terus dengan mana-mana Hospital Pakar KPJ. Walk-in tertakluk kepada ketersediaan, dan pelanggan digalakkan untuk membuat tempahan awal.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Medical Concierge Team melalui WhatsApp di +6019-324 3208 atau layari https://www.kpjhealth.com.my/kpjmegahealthdeals.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ healthcare
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/12/a881d9fe771f3d2a50927650507880b6.png)
