IWK rangkul juara SDG6 di Anugerah Air Global 2026 Madrid, Sepanyol
KUALA LUMPUR: Syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, dinobatkan sebagai juara bagi kategori Anugerah Matlamat Pembangunan Mampan 6 (SDG6) pada anugerah berprestij Anugerah Air Global 2026 (Global Water Awards 2026) di Madrid, Sepanyol, Selasa, yang disampaikan oleh Global Water Intelligence (GWI).
Anugerah tersebut mengiktiraf penyertaan IWK bertajuk “Solar-powered Sanitation: No Upfront Cost, Cuts Emissions”, yang mempamerkan bagaimana penggunaan tenaga boleh diperbaharui mampu memperkukuh prestasi operasi rawatan air sisa kumbahan, di samping memacu pembangunan infrastruktur mampan serta memperkukuhkan daya tahan kewangan.

Dengan menyediakan perkhidmatan bersambung kepada penduduk setara (cPE) melebihi 32 juta rakyat Malaysia, IWK terus memacu inovasi dalam sektor sanitasi menerusi pelaksanaan inisiatif operasi dan kelestarian yang progresif.
Program IWK yang memenangi anugerah ini melibatkan pelaksanaan sistem tenaga solar di 16 loji rawatan kumbahan di seluruh negara menerusi model Private Financing Initiative (PFI). Inisiatif ini menjana kapasiti tenaga solar sebanyak 6.3 MWp serta menghasilkan kira-kira 7,700 MWh tenaga boleh diperbaharui setiap tahun bagi menyokong rawatan hampir 148 juta m3 air sisa kumbahan setiap tahun.
Inisiatif ini dijangka menjimatkan kira-kira RM 41.8 juta kos elektrik dari grid, di samping mengurangkan lebih 5 Gg pelepasan karbon dioksida (CO₂) setiap tahun.
Antara keistimewaan inisiatif ini ialah struktur pembiayaannya yang inovatif, yang membolehkan IWK menggunakan tenaga boleh diperbaharui tanpa memerlukan sebarang pelaburan modal awam di peringkat awal. Dengan menggabungkan elemen kewangan, kontrak dan teknikal, program ini bukan sahaja memperkukuh kebolehpercayaan operasi, tetapi juga meletakkan kelestarian sebagai teras dalam perkhidmatan rawatan air sisa kumbahan.
Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam berkata, “Kami amat berbesar hati menerima anugerah ini. Kelestarian merupakan teras kepada setiap perkara yang kami lakukan, dan inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk terus berusaha gigih bagi memastikan kami kekal mampan, dari segi alam sekitar mahupun kewangan. Melalui inisiatif ini, kami menunjukkan bagaimana inovasi dalam rawatan air sisa kumbahan mampu mewujudkan nilai jangka panjang, di samping menyumbang secara bermakna kepada SDG 6 – Air Bersih dan Sanitasi.”
IWK telah disenarai pendek bersama organisasi air dan sanitasi bertaraf global, termasuk Aguas Nuevas dari Chile, Bangalore Water Supply and Sewerage Board (BWSSB) dari India, SANASA dari Brazil serta Sanepar dari Brazil.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Penerbit GWI, Christopher Gasson berkata, “Inisiatif IWK dilihat menyerlah kerana menunjukkan bagaimana pembiayaan inovatif dan tenaga boleh diperbaharui dapat digabungkan secara berkesan dalam infrastruktur sanitasi asas. Dengan menghasilkan impak operasi, alam sekitar dan kewangan yang boleh diukur tanpa memerlukan perbelanjaan modal awam di peringkat awal, IWK telah mewujudkan satu model yang boleh dijadikan rujukan oleh utiliti di seluruh dunia dalam usaha mencapai SDG 6 serta membina sistem air yang lebih berdaya tahan.”
Anugerah Air Global (Global Water Awards) yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Air Global, mengiktiraf pencapaian cemerlang, kepimpinan dalam kelestarian serta inovasi teknologi dalam industri air global. Anugerah ini dianjurkan oleh GWI, penerbit dan penyedia maklumat industri bagi sektor air antarabangsa.
Pada tahun 2023, IWK turut menerima Anugerah Distinction di Global Water Awards bagi kategori Agensi Air Awam Terbaik (Public Water Agency of the Year).
Kandungan ini disediakan oleh IWK
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/05/1b16fad88f88404a492b597923232acb.jpg)
