Jasmine Food dan Cinta Gaza Malaysia teruskan #SinarUntukGaza, jumlah sumbangan cecah RM695,282.50
Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (Jasmine) meneruskan komitmennya dalam membantu rakyat Palestin menerusi kempen #SinarUntukGaza, dengan penyerahan sumbangan fasa kedua berjumlah RM423,651 kepada Cinta Gaza Malaysia (CGM) bagi pelaksanaan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Sumbangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpulkan melalui kempen #SinarUntukGaza bagi tahun 2026 sebanyak RM695,282.50.
Pada fasa pertama kempen yang berlangsung dari Januari hingga Mac 2026, sejumlah RM271,631.50 telah berjaya dikumpulkan. Dana tersebut telah disalurkan bagi melaksanakan projek agihan pek makanan dan makanan panas di Gaza, yang memberi manfaat kepada seramai 10,373 penerima.
Bagi fasa kedua yang berlangsung dari April hingga September 2026, Jasmine berjaya mengumpulkan tambahan sebanyak RM423,651.
Dana fasa kedua ini akan digunakan oleh CGM bagi melaksanakan projek kemanusiaan yang memberi tumpuan kepada agihan pek makanan serta bekalan air bersih, dengan sasaran untuk memperluaskan manfaat kepada lebih ramai penduduk Gaza yang terus berhadapan dengan keadaan kemanusiaan yang mencabar.
Kempen #SinarUntukGaza dilaksanakan berasaskan pendekatan yang membolehkan pengguna turut menjadi sebahagian daripada usaha kemanusiaan melalui pembelian produk terpilih Jasmine. Sepanjang tempoh kempen, sebahagian daripada setiap pembelian produk BERAS ERA CAP SINAR TIMUR disalurkan untuk menyokong bantuan kepada rakyat Gaza melalui CGM.
Ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation, Mr Alan Kwong, berkata kejayaan kempen berkenaan membuktikan bahawa tindakan harian yang kecil mampu memberi impak yang lebih besar apabila dilaksanakan secara bersama.
Menurut beliau, kempen tersebut dibina atas satu kepercayaan mudah bahawa setiap pembelian dan setiap sumbangan mampu membawa perubahan, selain memberi peluang kepada para pelanggan Jasmine untuk bersama-sama menyumbang kepada usaha kemanusiaan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada CGM atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan sumbangan tersebut dapat diterjemahkan kepada bantuan sebenar di lapangan.
“Walaupun kempen ini telah sampai ke penghujung bagi tahun ini, semangat keprihatinan dan kebaikan yang dibawanya tidak seharusnya berakhir di sini. Kita mungkin tidak mampu menyelesaikan setiap cabaran yang dihadapi rakyat Gaza, tetapi apabila kita bergerak bersama, kita mampu menghasilkan perubahan yang bermakna,” katanya.
/file/attachments/889/TEAMJFCANDCGM40PM_228807.jpeg)
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Tuan Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman, berkata kerjasama strategik bersama sektor korporat seperti Jasmine amat penting dalam memastikan bantuan kepada rakyat Palestin dapat diteruskan secara konsisten.
“Sumbangan RM695,282.50 ini bukan sekadar angka. Di sebalik setiap ringgit terdapat makanan yang sampai kepada keluarga, air bersih yang dapat digunakan dan sedikit ruang untuk rakyat Gaza meneruskan kehidupan dalam keadaan yang amat mencabar. Apa yang dilakukan oleh Jasmine juga menunjukkan bahawa sektor korporat dan masyarakat awam boleh memainkan peranan yang sangat besar dalam ekosistem kemanusiaan. Kami di CGM menghargai kepercayaan yang diberikan dan akan memastikan amanah ini diterjemahkan kepada bantuan yang benar-benar memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Menurut beliau, kejayaan fasa pertama yang telah memberi manfaat kepada 10,373 penerima menjadi bukti bahawa kolaborasi antara syarikat korporat, pelanggan dan organisasi kemanusiaan boleh menghasilkan impak yang nyata.
CGM turut mengalu-alukan lebih banyak syarikat korporat untuk menjadikan elemen kemanusiaan sebagai sebahagian daripada inisiatif sosial dan tanggungjawab korporat mereka, khususnya dalam memastikan sokongan terhadap rakyat Palestin dapat diteruskan dalam jangka panjang.
Kempen #SinarUntukGaza juga menjadi contoh bagaimana penyertaan masyarakat boleh dibina melalui tindakan yang dekat dengan kehidupan seharian, apabila pilihan pengguna bukan sahaja memenuhi keperluan keluarga tetapi pada masa yang sama membantu mereka yang memerlukan.
Kandungan ini disediakan oleh Jasmin Food Corporation Sdn. Bhd.
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/attachments/889/CEOJFCANDCEOCGM_193281.jpeg)
