thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Menjejak racun yang tak kelihatan

Selepas kematian Kim Jong-nam dua minggu lalu, kini giliran pasukan pengesan racun pula beraksi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2), Sepang.

Berpakaian antiradiasi dan bertopeng, pasukan berbaju putih dan kuning ini, meneliti setiap ceruk penjuru lapangan terbang itu, terutamanya sekitar kawasan mesin daftar masuk – tempat Jong-nam diserang dari belakang.

VX antara racun pemusnah paling bahaya di dunia. Bahan yang dikelaskan sebagai senjata pemusnah besar-besaran itu mempunyai ciri-ciri tidak berwarna dan tidak berbau.

Setelah dua minggu Jong-nam menghembuskan nafas terakhir, klia2 disahkan selamat semalam.