Wanita-wanita di jalan raya
Diterbitkan: Mar 14, 2017 12:46 PM | Dikemas kini: Mar 14, 2017 12:50 PM
Tiga hari selepas Hari Wanita Sedunia, sekumpulan wanita berarak di ibu kota bagi menuntut layanan lebih baik buat kaum hawa.
Mereka antaranya membantah keganasan rumah tangga, eksploitasi tubuh wanita serta kesetaraan gender di negara ini.
Penyelaras kumpulan itu Gerakan Pembebasan Wanita Shaqirah Shauqi mengakui biasanya Hari Wanita disambut dengan pemberian bunga atau coklat.
Tapi hari itu berbeza.
Katanya, mereka berarak bagi mengingat mogok kaum pekerja wanita yang pernah mencetuskan Revolusi Rusia 1917.
"Kami pikul perjuangan ini sebagai tanda hormat pada ingatan ini," katanya.

