thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Kelaziman-kelaziman di 'pulau seribu masjid'

Menjadi kelaziman buat nelayan laut di Lombok, sekitar Pantai Maun mencari anak-anak ketam dan siput di pesisir pantai.

Dengan membawa sebilah pisau, nelayan kebiasaannya akan menggunakannya untuk mengorek lubang-lubang di sekitar tepi batu-batuan, agar anak-anak ketam keluar dari tempat persembunyian.

Ia dilakukan bagi mencari rezeki tambahan memandangkan hasil rezeki dari menangkap ikan tidak mencukupi memandangkan kos sara hidup semakin meningkat.

Pengunjung yang mengunjungi Lombok bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam, malah mereka dapat melihat kehidupan masyarakat kampung menjalani aktiviti seharian.

Lombok, antara destinasi yang wajib dikunjungi bagi mereka yang gemar mengembara, selain hanya satu jam perjalanan menaiki bot ke Bali, Lombok yang populasinya Islam turut dikenali dengan nama “pulau seribu masjid” kerana di setiap tempat mempunyai masjid.

Maka tidak hairanlah pengembara dari serata dunia segan untuk menanggalkan pakaian secara terbuka di kawasan penempatan awam kerana papan tanda “dilarang mengenakan bikini di sini, dan hormati masyarakat awam” ada di mana-mana.