thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Penari Cina, tarian India di Masjid Jamek

Penari Kimberly Yap mempersembahkan tarian klasik India Bharatanatyam di stesen LRT Masjid Jamek semalam.

Persembahan itu sebahagian daripada projek Arts on The Move anjuran Think City dan RapidKL untuk mewarnai stesen-stesen kereta api LRT di ibu negara dengan kegiatan seni budaya.

Seniman-seniman tempatan akan bergilir membuat persembahan setiap Selasa dan Khamis antara jam 5 hingga 7 Petang di stesen Masjid Jamek.