thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Perasmian KL2017 - Malaysia Bersamamu

Temasya Sukan SEA ke-29 dibuka secara rasminya dalam satu majlis pembukaan penuh gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Perasmian temasya dwi tahunan yang bertemakan 'Bangkit Bersama' itu berlangsung dengan penuh pertunjukan warna-warni yang menonjolkan kepelbagaian budaya dan kesenian tempatan.

Meskipun hujan, ini tidak menghalang kira-kira 80,000 penonton dan atlet untuk hadir pada pembukaan acara dwitahunan itu.

Tahun ini, Malaysia diwakili jumlah peserta tertinggi iaitu seramai 844 atlet.

Sekitar 4,700 atlet akan bertanding dalam 404 acara dalam 38 sukan selama 11 hari akan datang.