thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
60,000 tapak tangan

Terdapat pelbagai cara untuk menzahirkan kecintaan kepada negara, terutama menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan 31 Ogos ini.

Projek “Lukisan dinding tapak tangan patriotik” di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang salah satu daripadanya.

Adik Auliya, 4 tahun, antara yang terlibat meninggalkan cop tapak tangannya, di samping kira-kira 60,000 lagi tapak tangan di dinding yang disediakan.

Orang ramai dialu-alukan terlibat sama mewarnakan lagi dinding itu sehingga 9 Disember depan.