thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Tangan hayun buaian mahu ‘goncang’ Malaysia

Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali bersama sekumpulan 1,000 orang di Kuala Lumpur - kebanyakannya wanita berpakaian ungu - bagi menyampaikan mesej mereka - wanita membantah politik toksik.

Beliau cuba menyedarkan orang ramai mengenai keperluan untuk menghentikan "politik toksik".

Siti Hasmah, 91, berkata keadaan kini semakin membimbangkan apabila seseorang mungkin dikasari kerana hanya menyuarakan pendapat yang berbeza.

Perhimpunan yang digelar sebagai himpunan "Wanita Bantah Politik Toksik", menyasarkan antara lain, keganasan politik, ugutan, perkauman, seksisme, ucapan kebencian serta kegagalan kerajaan memastikan keselamatan awam dan kesucian perlembagaan persekutuan.

Pemimpin wanita terkemuka lain yang hadir ialah anak perempuan Siti Hasmah, Datuk Marina Mahathir, bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, Pemimpin G25, Datuk Faridah Arifin dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.