thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Menanti pesta cahaya

Rakyat Malaysia berketurunan India semakin giat membuat persiapan sempena sambutan Deepavali tidak lama lagi.

Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya merupakan sebuah perayaan yang disambut pada hari ke 14 pada bulan Aipasi dalam kalendar Tamil.

Bagi masyarakat Hindu dan Sikh di negara ini, mereka percaya bahawa dengan memasang pelita, cahayanya akan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kejahatan dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Sambutan tahun ini akan berlangsung pada 18 Oktober.