thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Sentiasa memantau

Pakar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Dr Asnor Muizan Datuk Ishak memantau taburan hujan di utara semenanjung di pejabatnya di Ampang, Selangor.

Pemantauan penting supaya amaran awal dapat dikeluarkan agar penduduk di kawasan terjejas boleh membuat persiapan pemindahan yang sewajarnya.

Pada 4 November lalu, hujan lebat dan angin kencang yang melanda Pulau Pinang termasuk di Seberang Perai dan Kedah menyaksikan pokok-pokok tercabut, jalan raya dan bangunan rosak dan kesesakan trafik yang teruk.

Beberapa unit perumahan dan jalan raya di beberapa projek, termasuk projek perumahan Bolton Surin di Tanjung Bungah, rosak dan runtuh akibat angin kencang.

Setakat ini, banjir itu telah mengorbankan 7 nyawa di Pulau Pinang manakala ribuan lagi terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.