Si manis dari Pulau Pinang
Diterbitkan: Jan 12, 2018 11:32 AM | Dikemas kini: Jan 12, 2018 11:52 AM
Gadis berusia 20 tahun dan memiliki ketinggian 178 sentimeter, Jane Teoh, mengalahkan 16 peserta lain untuk mewakili Malaysia ke pertandingan akhir nanti.
Juara Miss Universe Malaysia tahun lalu, Samantha Katie James, diberi penghormatan menyampaikan mahkota kepada Teoh yang turut menerima hadiah wang tunai RM 50,000 serta pelbagai barangan lain berharga RM150,000.
Dia juga menerima tajaan penuh biasiswa HELP University.

