thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Pabila sang singa tari bersama si ikan

Sempena Tarian sambutan Tahun Baru, taman air Aquaria di KLCC, Kuala Lumpur memaparkan persembahan khas tarian singa yang turut disertai oleh hidupan lautnya, termasuk ikan dan penyu.

Tarian singa lazimnya dipersembahkan sepanjang tahun baru lunar. Ia sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.

Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Untuk menyaksikan persembahan istimewa tarian singa bawah air ini, sila kunjungi Aquaria di KLCC pada 10-11 Feb, 16-18 Feb, dan 24-25 Feb. Semua pertunjukan bermula jam 4 petang dan bertempat di Aquatheatre.

Masyarakat Cina di seluruh negara akan menyambut tahun baru ini pada Khamis ini.