thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Pemeriksaan di pintu masuk negara

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hari ini membuat lawatan kerja di KLIA dan KLIA2 hari ini, bagi memantau pemeriksaan kemasukan pengunjung ke Malaysia.

Pemeriksaan ditingkatkan dengan menempatkan pegawai kesihatan di sana, antaranya untuk mengendalikan mesin pengimbas suhu badan.

Dalam satu sidang media semalam, Dzulkefly berkata kementeriannya akan memohon tambahan peruntukan untuk menghadapi isu koronavirus, termasuk penambahan mesim pengimbas suhu.

Dalam sidang media selepas lawatan kerja hari ini, beliau berkata negara dalam tahap kesediaan tinggi bagi menghadapinya, berdasarkan pengalaman besar dalam melaksanakan pengawalan virus pada masa lalu.