thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
16 stesen LRT lumpuh

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park ditutup selama seminggu bermula hari ini.

Secara keseluruhannya, gangguan perkhidmatan melibatkan 16 stesen - kebanyakannya terletak di bahagian paling padat penduduk di Lembah Klang.

Menurut Rapid KL, stesen LRT lain akan terus beroperasi. Bagaimanapun, perkhidmatan akan tamat sejam lebih awal pada pukul 11 malam.

Pengumuman Rapid KL dibuat kira-kira jam 5 pagi hari ini di akaun media sosial mereka.

Ini adalah gangguan yang paling teruk pernah berlaku sejak ia mula beroperasi pada tahun 1998.