Peserta Hari al-Quds berarak ke kedutaan Amerika
Diterbitkan: Apr 14, 2023 6:00 PM
Ratusan orang berarak dari Bangunan Tabung Haji ke kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur hari ini bagi membantah kekerasan Israel terhadap jemaah Masjid Al-Aqsa di Palestin.
Orang ramai berarak beramai-ramai selepas solat Jumaat di masjid berdekatan.
Perhimpunan itu juga sekali gus sempena Sambutan Hari al-Quds bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dan mengecam Israel.
Ia kebetulan jatuh pada hari ini.
Hari al-Quds sedunia disambut pada Jumaat terakhir setiap Ramadan sejak 1980-an.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/04/ac0461b55437f7b7b2988c386d26e7a8.jpg)
